Saturday, June 18, 2011

SWEET BOX RIBBONS

Reben-reben hiasan diatas kotak....bukan sahaja boleh hias diatas kotak tetapi boleh dijadikan Brooch / Corsage, hiasan langsir tab, hiasan depan handbag, kids scraf, hair clips dan lain-lain.... Jika anda berminat nak beli atau tempah, boleh email ke zsi_trading@yahoo.com....insya-allah..saya akan upload lain corak @ warna yang lain lagi...

SWEET BOX

Kotak Cenderahati dengan hiasan reben diatasnya. Kotak ini boleh isi kurma, cupcakes, cokelat dan lain-lain cenderahati. Sesuai untuk dijadikan 'Corporate Gift' @ 'Wedding Gift'...almaklum..dah nak dekat raya nie...mana laa tau jika anda mencari-cari kotak untuk dijadikan hadiah....Saiz kotak tinggi 3 inci dan lebar 4 inci.
Jika anda berminat nak tempah atau menjadi pengedar untuk menjual kotak ini...sila email ke zsi_trading@yahoo.com...saya akan upload lagi pelbagai corak dan warna reben yang ada untuk dijadikan hiasan diatas kotak.

Monday, June 13, 2011

Update Kelas Ann

Pada 10 June 2011, saya telah update Tutorial Kedua iaitu Kudup Bunga Ros. Sila masuk dan dapatkan info terkini. Selain itu ada 44 orang lagi yang masih tidak balas email jemputan dari "Blog Kelas Ann". Saya harap sangat, anda dapat baca informasi di blog ini dan masuk dengan kadar segera. Kepada mereka yang TIDAK menerima email jemputan dari saya, BUKAN BERMAKSUD anda TIDAK dapat sertai, sebaliknya anda termasuk dalam 2nd Group. Saya harap, anda bersabar eekkk...blog diskusi tertutup memang terhad untuk 100 orang sahaja. Sekali lagi saya jelaskan...bahawa FREE GIFT untuk belian EBOOK Jahitan Sulaman Reben hanya untuk 2 tutorial sahaja. BUKAN bermakna anda boleh masuk Kelas Ann selamanya...hehehehhe....

Friday, June 10, 2011

Tutorial Bunga Ros @ Kelas Ann

Alhamdulillah...saya telah pun buka "Pages - Tutorial Bunga Ros" (seperti foto diatas) di Blog Kelas Ann dengan paparan foto langkah demi langkah teknik jahitan sulaman reben bunga ros. Insya-Allah, tutorial berikutnya...saya akan cuba upload foto langkah demi langkah teknik jahitan sulaman reben Kudup Bunga Ros. Saya juga syorkan anda copy & paste @ save didalam CD EBook Jahitan Sulaman Reben. Harus ketahui bahawa Blog Kelas Ann terhad untuk 100 pembaca sahaja. Maka anda yang dapat masuk adalah 1ST GROUP dan tempoh anda untuk berada di dalam kelas ini hanya untuk 2 minggu sahaja, selepas itu...saya jemput pula 2ND GROUP untuk masuk ke Kelas Ann. Pada yang telah menerima email, sila masuk dengan segera dan pada yang tidak menerima email jemputan, sila email kepada zsi_trading@yahoo.com untuk penyemakan senarai pembeli EBook.

Thursday, June 9, 2011

Kelas Ann

Alhamdulillah...akhirnya Blog Kelas Ann tercipta khusus untuk pembeli EBook Jahitan Sulaman Reben mendapatkan Free Tutorial sebagai Free Gift seperti yang dijanjikan. Blog itu adalah Closed Group Discussion dan khusus untuk pembeli EBook Jahitan Sulaman Reben sahaja.
  • Saya telah pun menghantar email jemputan kepada pembeli-pembeli. Pastikan anda mendapat email jemputan dari saya. Jika anda belum menerimanya maka anda berada dalam GROUP KEDUA. Ini kerana jemputan @ 'Syarat Blog' pembaca terhad untuk 100 orang sahaja.
  • Kepada pembeli yang beli secara sms dengan tidak berikan email add anda, sila email kepada zsi_trading@yahoo.com.
  • Sebelum kelas bermula, saya minta anda berikan komen tentang wajah bilik darjah ini...adakah anda berpuas hati dengan cat warna dinding dan papan tandanya ? Berikan komen ikhlas anda !
  • Sepanjang pembelajaran, sila ajukan soalan jika anda tidak faham atau kurang jelas bagaimana hendak jahit dan sebagainya. Jangan segan untuk bertanya atau anda boleh ajukan soalan di email diariann@gmail.com.
  • Apabila anda berjaya masuk ke Kelas Ann, sila Sign In as Followers untuk anda ketahui bahawa kelas telah bermula.
Saya amat berharap, anda dapat menafaatkan blog berkenaan dengan sebaiknya dan belajarlah sesama kita sehingga sukses. Semoga kita mencapai matlamat dalam menimba ilmu...insya-Allah !

Bunga Reben ~ Ros

Alhamdulillah...ini adalah teknik bunga reben yang ke 15...teknik ini adalah silibus untuk teknik Jahitan Lanjutan Sulaman Reben....congak punya congak...baru saya sedar...banyak nyer teknik Sulaman Reben yang telah saya jahit... Agak sukar juga untuk siapkan...jenuh juga memikirkan teknik atau cara yang paling mudah untuk siapkan...secara jujur...teknik ini saya memang TIDAK merujuk mana-mana buku, majalah atau internet...memang idea sendiri dari melihat sekuntum bunga ros plastik sewaktu mengajar Pemaju Masyarakat KEMAS pada bulan May 2011....alkisahnya dalam bilik penginapan kami...ada sejambangan bunga ros mekar berkelopak...lalu Aiza pun cakap...
  • "haa...akak tak boleh ker buat bunga macam nie.."...
  • "eemmm boleh kot..cuma masalah reben laa..sebab reben satin lembut..."
  • "cuba laa kak...mesti boleh buat..bawa masuk reben dari luar laa..."
  • "key laa..akak cuba buat...tapi kena gunting sekeping kelopak bunga nie..."
Mohon maaf yeee...orang KEMAS...sebab saya gunting sekeping kelopak bunga ros untuk dijadikan contoh...ya ampun yaa....hehehheheh... mulanya saya jahit sekeping-sekeping reben untuk bentukkan kelopak bunga...nampak tidak kemas dan kurang menarik pandangan...perhatikan foto diatas...disebabkan bosan untuk jahit sekeping-sekeping... mula laa fikir...sampai bila nak siap niee...udah laa banyak nak siapkan kuntuman bunga nie...cuba dan cuba lagi...akhirnya saya gunakan teknik bakar keliling kelopak bunga... haa...inilah hasilnya...mohon maaf yee...kualiti gambar nampak kurang menarik...foto asal jelas...selepas saya lakukan "resize" foto...ianya menjadi kelabu pandangan...Anda nak ketahui apa produknya...tunggu eekkk...sekarang nie..tengah siapkan bunga-bunga dulu...kemudian..barulah di jahit untuk dijadikan produk...amacam menarik tak bunga kali ini ?

Wajah Baru Diari Ann

Jika sebelum ini, background Diari Ann berwarna pink & red...kali ini saya pilih Pastel Blue....macam mana ? oke tak ?..please friends...berikan comment anda...kerana andalah yang akan berkunjung...maka saya berikan pilihan ditangan anda...jika ianya TIDAK OKE...maka saya akan ubah dan ubah lagi...hehehhe... Layout kali ini saya asingkan ikut kategori pada bahagian atas...ini untuk mudahkan pengunjung untuk membeli dan ketahui produk terkini saya.... Saya juga tengah siapkan Close Group Discussion Blog khusus untuk pembeli-pembeli CD EBook Jahitan Sulaman Reben...sabar yee...blog berkenaan tengah make-over...Blog berkenaan juga adalah Free Gift Online Tutorial khusus untuk pembeli EBook...masa terhad...bila ada masa free...barulah dapat mengadap pc...jika terlalu lama mengadap pc...tempahan sulaman reben tak siap plak...kakitangan memang tak cukup...nak siapkan produk banyak...saya harap anda sabar eekkk...jangan laa bosan plak... okey...berikan komen anda tentang wajah baru Diari Ann ini...5 komen terbaik...akan dapat Pin Cushion Felt Craft Cake...macam mana rupanya..sabar ekk...saya akan upload jua fotonya...