Wednesday, March 20, 2013

PAPER FLOWER BOX

Salam sejahtera pengunjung blog. Tutorial hari ini...jom buat Kotak Bunga Kertas. Mencari idea untuk cenderahati kepada kanak-kanak ? Inilah kotak mini bentuk bunga untuk isi gula-gula. Bahan-bahan yang digunakan mudah untuk dibeli.

Kotak mini bentuk bunga.

 Bahan-bahan yang diperlukan ialah fancy card (saiz A4), gunting, reben saiz 1/2 inci dan penebuk kertas. Fancy Card ada jual di kedai alat tulis atau shopping complex Jaya Jusco & TESCO.
 
 Pelan bentuk bunga ini, saya ambil dari papan kek bentuk bunga atau anda boleh download dari MS Word Clip Art.
 
 Lukis pelan pada kad berwarna dan tandakan seperti diatas untuk mudahkan anda melipat bentuk bunga.
 
 Gunting kertas yang telah dilukis bentuk bunga.
 
 Mulakan lipatan bentuk segitiga.

 Lipat atau bentukkan kad mengikut tanda.
 Kotak yang dilipat mengikut tanda menjadi bentuk bunga.
 
 Gunakan penebuk kertas untuk tebuk bahagian bulat bunga.

 Gunting reben dan masukkan pada bahagian yang ditebuk.

 Siap untuk isi gula-gula dan ikat reben pada bahagian tengah kotak. Inilah kotak mini bentuk bunga. Saya HALALkan apa jua ilmu yang telah diberikan dan Selamat Mencuba !

5 comments:

ibh_sue said...

Asslmkm Kak Ann.
Thank's Kak share tutorial lagi.. (^_^)

eynaa said...

cantikkkk..

Diari Ann said...

Terima kasih...sama-sama belajar dan berkongsi info..

LUCY said...

Hola Amiga, paso a saludarte y ver tus preciosos trabajos son una maravilla... Gracias por sus magnificos tutoriales....un beso

PuanCTNabila 063123770 said...

Assalamualaikum...

Cantik hasil kerjatangan dan idea2 menarik yang diajar satu persatu memudahkan kefahaman orang2 keras tangan macam saya.Terima kasih atas perkongsian Ilmu. Semoga anda sekeluarga dilimpahi Rahmat dan Kasih Sayang Allah selalu.....