Background

Jom Follow My Blog

Follow by Email

Friday, April 27, 2012

Sulaman Reben Bunga Matahari

JOM BELAJAR hari ini ialah Sulaman Reben Bunga Matahari. Sebenarnya teknik bunga ini ada ditunjukkan didalam BUKU BUNGA REBEN JILID 1...bezanya...itu dijadikan Bunga Jambangan didalam pasu @ boleh dijadikan Bunga Telur...teknik ini pula, saya tunjukkan bagaimana nak jahit pada kain. 

 Guna reben saiz 1 inci, gunting panjang 3 inci. Jumlah kepingan kelopak bunga, terpulang pada anda, jika inginkan bunga banyak kelopak, maka anda perlu gunting lebih dari 30 keping. 

 Reben lipat dua dan bahagian lipat dua itu, lipat segitiga. Gunakan jarum dan benang, jahit pada bahagian yang dicantum segitiga. Lakukan jahitan ini untuk semua kelopak bunga.

 Jahit jelujur cantum untuk 9 keping kelopak bunga (bahagian lapisan bawah bunga). Jika anda inginkan kelopak yang banyak, boleh tambah lagi.


 Temukan semula jahitan pada bahagian mula jahitan dan tarik benang untuk jadikan kelopak bercantum bulat. Matikan benang.

 Dua lapisan kelopak bunga. Bahagian atas 6 kelopak dan bahagian bawah 9 kelopak. JUMLAH KELOPAK terpulang pada anda, jika inginkan bunga kembang menawan, boleh tambah lagi kelopak bunga.

 Bahagian bawah kelopak bunga, jahit jelujur bulat pada kain.

 Lapisan kedua kelopak bunga, jahit jelujur bertindih. Jahit jelujur pada tempat yang sama seperti di bawah kelopak bunga.



 
  Bahagian tampok bunga (tengah bunga), hiaskan dengan butang baju ATAU jahit Sulaman benang French Knot. Terpulang pada kreativiti dan kerajinan anda.

 Bunga Matahari yang telah siap. Jambangan ini saya jadikan Bingkai Gambar. Menarik & mudah untuk dijahitkan ? Cubalah !

2 comments:

Leadership Developmant Training said...

kunjungan gan.,.
bagi" motivasi.,.
kekurangan kita bukanlah sesuatu yang buruk .,..
jadikanlah kekurangan kita sebagai kelebihan kita.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.,

mist said...

Perfeito parece mágica.