Wednesday, May 16, 2012

Bunga Rosette Blossom

Kembali semula JOM BELAJAR...kali ini Silibus Jahitan Sulaman Reben Bunga Rosette Blossom...apa jua tutorial yang saya paparkan di Blog ini secara percuma...maka saya izinkan kalian print @ salin ~ jika sudi...

 Menggunakan satin reben saiz 1 inci. Gunting panjang reben 38 inci. Lebihkan kiri dan kanan reben 1 inci. Tandakan setiap 3 inci bentuk "U".

 Gunakan benang dan jarum, jahit jelujur pada permulaan reben dan gulung tengah reben sepanjang 9 inci (3 kelopak untuk setiap 3 inci yang telah ditandakan).
Jahit tengan bunga pada kain. Jahit bahagian bawah reben pada kain agar tidak mudah tertanggal atau bergoyang. Jahit jelujur dan tarik benang.

 Cucuk jarum pada bahagian tengah bunga. Lakukan teknik yang sama untuk lapisan kedua bunga sepanjang 12 inci (4 kelopak untuk setiap 3 inci).

 Lapisan kelopak ketiga bunga sepanjang 15 inci (5 kelopak untuk setiap 3 inci).
Basi reben cucuk kebawah kain dan matikan jahitan.


  
Ini lah bentuk bunga Rosette Blossom yang telah siap dijahit. Menarikan kan ? saya harap, penjelasan saya ini anda mudah faham...almaklum...belajar berguru dengan belajar begini memang tidak sama...berguru lebih mudah faham, sebab berdepan dengan Cikgu, jika salah...senang aje saya ketuk tangan....hehehhehe... Okey ! Tunggu silibus seterusnya....SELAMAT MENJAHIT !

3 comments:

blogtel said...

belíssimo trabalho
mãos de anjo
adorei.

blogtel said...

belíssimo trabalho
mãos de anjo
adorei.

bilgehobi said...

çok güzel suzana eline sağlık