Friday, March 15, 2013

RIBBON BOOKMARKS

Entree tutorial kemahiran kerjatangan hari ini,Penanda Buku Reben. Bookmarks ini boleh dijadikan hadiah atau cenderahati. Diharapkan laman ilmu kemahiran ini boleh dijadikan idea kepada bakal pengantin mencari idea cederahati untuk diberikan kepada tetamu.

 Aneka warna penanda buku.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah reben saiz 1 inci tidak bercorak, reben saiz 3/5 inci bercorak, jarum, benang, manik hiasan dan kayu kraft (batang aiskrim) ini ada jual di kedai-kedai alattulis.

 Gunting dua keping reben panjang 3.5 inci sebanyak 12 keping. 6 keping reben kosong dan 6 keping reben bercorak.

 Tindihkan reben bercorak diatas reben kosong.  
Reben dilipat dua.
 Jahit jelujur cantum 6 keping reben yang telah dilipat dua.

 Temukan jarum pada bahagian mula jahitan. Tarik benang dan matikan jahitan. Elakkan tarik terlalu tegang.
 Jahit tengah reben dengan manik hiasan.

 Letakkan gam UHU pada bahagian belakang reben.

Lekatkan pada batang kayu. Dah siap Penanda Buku Reben ! Amat mudah untuk disiapkan. Semoga ilmu hari ini mendapat keberkatan Allah swt...Insya-Allah...JIKA anda berminat untuk membeli Kit Ribbon Bookmarks ini, sila email ke zsi_trading@yahoo.com. SELAMAT MENCUBA !

No comments: