Showing posts with label Craft. Show all posts
Showing posts with label Craft. Show all posts

Saturday, April 11, 2009

Wedding Gift

Cenderahati Perkahwinan ini adalah tempahan pada tahun 2006. Boleh dijadikan idea untuk Bakal-bakal Pengantin. Sulaman Reben diatas 'Congurated Paper'.

Friday, April 10, 2009

Frame Letak Cincin

Frame ini adalah tempat gantung Cincin. Ianya amat sesuai untuk mereka yang memikirkan bekas letak cincin. Mungkin boleh ubah style selain dari bekas berkotak. Almaklum...tidak lama lagi adalah musim perkahwinan. Jahit Sulaman Reben diatas kain dengan ukuran 9in x 12in. Ukuran Frame ialah 8inci x 10 inci. Gunakan spounge ketebalan 12mm dan gunting ikut saiz frame. Lekatkan dengan Hot Glue. Letakkan Hot Glue pada spounge untuk lekatkan kain yang telah siap sulaman reben diatasnya. Tarik tegang kain. Masukkan reben bercorak pada bahagian bertangkai. Reben ini untuk ikat cincin. Anggaran panjang reben 12 inci. Setelah siap. Masukkan pada frame gambar. Kemaskan belakang Frame dengan masking tape saiz 2 inci warna hitam.

Thursday, April 9, 2009

Bekas Sulaman Reben

Saya paparkan kembali koleksi sulaman reben saya yang lama-lama...jika kalian nak gelak pun tak pe...sebabnya kombinasi warna yang saya gunakan memang teruk sekali...masa tu..tak pandai adun warna..selepas belajar dengan Pn Norehan...baru pandai sikit...pandai sikit aje laaaa...hehehhe...Ini adalah bekas-bekas untuk isi hadiah/cenderahati didalamnya..tempahan tahun '07...untuk Raya Corporate Gift - Didalamnya isi bungkusan kuih raya. Mungkin anda boleh buat dan isikan didalamnya Majalah-majalah dan letak atas meja. Cantik laaa dekorasi rumah dengan bekas sulaman reben.

Saturday, March 28, 2009

SECOND ORDER

Frames yang dah siap packing untuk pos ke Australia. Ini adalah tempahan yang kedua dari customer.

3D FRAME RIBBON EMBROIDERY

Ini adalah 3D Sulaman Reben. Saya jahit diatas kertas Wall Paper yang dibeli di Kedai ACE Hardware di MidValley Ting. 2. Semua teknik jahitan adalah teknik jahitan French Knot dan Colonial Knot. Saya hadiahkan kepada Kak Yati...seorang ahli aktif di WMC. Suka sekali beliau menerimanya....

KOLEKSI FRAME RIBBON EMBROIDERY

Ini adalah Koleksi Sulaman Reben Bingkai Gambar. Bunga-bunga reben itu adalah 'Folded Rose' dan daun-daun dijahit di atas Kad. Saya gunakan set jarum Chinelle untuk jahit diatas 'Congurated Paper'. Manakala ala-ala Pasu pula saya guna rantai manik dan para saya gunakan renda ukuran 1 inci. Bingkai gambar ini adalah tempahan seorang peniaga dari Australia...beliau beli 150 sets dengan harga USD35.00

Tuesday, February 10, 2009

Fabric Box

Sewaktu buat kotak nie..."mood" memang TAK OK...maka hasilnya pun hampeh...terasa mahu sedekah kan aje pada sesiapa yang nak terima...hakikatnya saya memang begitu...jika lakukan sesuatu yang tidak menepati piawaian mata saya...maka bakul sampah laa tempat duduknya...

Wednesday, February 14, 2007

My Crafts

Ini adalah beberapa koleksi kraf saya yang telah dibuat untuk aktiviti exchange dan ada juga untuk tempahan pelanggan. Kraf hiasan dinding dengan potpuri dan kraf hiasan dapur.

Tuesday, February 13, 2007

Kraf Hiasan Dapur

Inilah hobi dimasa lapang. Kraf dibawah ini dibuat sempena Aktiviti Exchange Kraf untuk Group Komuniti Wanita Melayu.com. Tema hiasan dapur. Jenuh juga memikirkan apa yang hendak dibuat. Akhirnya inilah hasilnya... Ini pula ialah kraf hiasan dapur dari bahan recycle. Saya suka minum air botol 100 Plus, sayang sangat botol-botol itu dibuang begitu sahaja, maka saya hasilkan kraf ini....disalut dengan kain cross stitch, jahit perkataan tertentu dan salut seolah botol berkenaan berpakaian. Ini juga adalah salah satu aktiviti Exchange untuk Group Kraftangan di forum Melayu.com. Bekas kuih, almaklum banyak sangat dirumah setiap kali beli kuih sempena Hari Raya. Sayang dibuang begitu sahaja, saya jahit perkataan dan balut dengan kain cross stitch. Hias dengan renda dan bunga riben kecil. Biskut tin oreo pemberian kawan. Sayang dibuang tin begitu sahaja, saya ubahsuai menjadi bekas serbaguna. Salut dengan fabrik dan hias bunga diatas tin. Tin biskut ini memang banyak sangat dirumah. Saya ubahsuai dengan teknik decoupage. Inilah hasil decoupage yang pertama belajar di "Creative Cottage", Amcorp Mall, Petaling Jaya. Minat sangat dengan Kraf..semua benda hendak belajar...hehehe...ini adalah kraf dari suratkhabar. Aduhai..sampai sakit-sakit tangan dan bahu menggulung kertas suratkabar. Sangkaan senang dibuat. Ooolaalaa...susah nyer nak gulung...harus gulung nipis-nipis...kemudian...kena anyam macam buat bakul mengkuang. Yang ajar adalah ibu mertua ku...tak sangka dia laei pandai dari saya...hehehhee