Saturday, October 6, 2012

FELT CRAFT - Buah Strawberry

Jom Belajar hari ini ialah Felt Craft iaitu Buah Strawberry. Cantik dijadikan hiasan diatas cupcake atau key holder atau diatas penutup bekas kuih. Kain Felt kini mudah didapati, anda boleh beli di Kedai Bunga Reben yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman atau kedai-kedai yang menjual bahan-bahan jahitan di luar bandar juga ada jual. 



 Bahan-bahan yang diperlukan ialah Kain Felt warna merah, spounge, jarum, benang, gunting dan tali tangsi warna hijau.



Gunakan botol mineral untuk mendapatkan tapak bulat dan tekap pada kain felt. Gunting Spounge. 



 Gunting tali tangsi warna hijau panjang 4" dan bakarkan kiri dan kanan tali. Ikat simpul pada salah satu hujung bahagian tali.



 Jahit jelujur keliling pada kain felt warna merah.



 Masukkan spounge. 
Jangan matikan benang, terus cucuk pada bahagian bawah tali.



Cucuk di tengah spounge bersama tali.



 Tarik benang kebawah dan matikan benang pada bahagian bawah buah.



Felt Craft Buah Strawberry yang telah siap. Mudahkan ! Selamat mencuba hingga jaya...insya-allah selepas ini saya tunjukkan bagaimana nak buat cupcake dari kain Felt. Anda boleh lah letakkan buah strawberry ini diatas cupcake anda...

1 comment:

Unknown said...

strawberi or cherry?