Tuesday, April 24, 2012

Sulaman Reben Buah Anggur

Panduan jahitan Sulaman Reben Buah Anggur. Teknik jahitan ini saya sudah lama shoot foto, bila korek fail-fail lama, alhamdulillah...terjumpa semula foto DIY ini. Amat menarik dan sesuai jika anda jahit untuk dijadikan pelapik pinggan (Place mat) di bahagian sudut kanan atas place mat.

 Guna reben saiz 1 inci. Jahitan Sulaman Reben French Knot (Sila rujuk buku Jahitan Asas Sulaman Reben)


 Jahitan French Knot dengan susunan Tiga (bahagian atas), Dua di tengah dan satu bahagian bawah.



 Guna reben saiz 1/2 inci dan jahit Straight Stitch. Tutup pada bahagian jahitan French Knot. Lakukan jahitan yang sama untuk semua jahitan French Knot.


 Guna reben saiz 1/2 inci warna hijau. Jahit teknik jahitan sulaman reben Ribbon Stitch untuk jahitan daun. Jahit pada bahagian atas. Buah Anggur yang telah siap dijahit.  SELAMAT MENCUBA !

2 comments:

D'Qaisara Collection said...

cantiknyer

Unknown said...

lawa nyer kak...creatif..thanks kongsi idea