Friday, March 22, 2013

RIBBON PAPER BAG

Salam Sejahtera pengunjung Blog. Jom Belajar hari ini ialah buat Bag Kertas Reben atau boleh dikatakan "Goodies Paper Bag"....sesuai untuk dijadikan cenderahati...boleh isi gula-gula, biskut, kerepek atau apa saja hadiah yang sesuai boleh diisi. 
 Bahan-bahan yang digunakan ialah fancy paper saiz A4, reben bercorak saiz 1 inci, double sided tape dan gum UHU.
 Gunakan dua warna kertas (jika suka) atau sama warna pun  okey...Satu keping gunting ukuran 5 inci tinggi dan lebar 11 inci. Tapak bag kertas ukuran 4.5 in x 4.5 in.
 Tapak bag kertas ukuran 2.5 in x 2.5 in. Basi keliling 1 inci.
 Lipat basi kad seperti foto diatas.
 Lekatkan double sided tape keliling tapak bag kertas.
 Kertas bahagian atas bag, lekatkan pada keliling tapak bag. Sila rujuk foto.
 Gum double sided tape pada bahagian akhir kertas dan gum dengan kemas. Sila rujuk foto.
Gunting panjang reben 24 inci. Letakkan gum UHU ditengah tapak bag kertas dan gumkan reben. Isi gula-gula dan ikat simpul reben. Menarik kan ! Selamat Mencuba ! Diharapkan tutorial ini dapat membantu bakal pengantin mencari kelainan hadiah dengan bajet murah. Semoga Allah swt berkati ilmu yang telah saya berikan ini..insya-Allah.

3 comments:

MrsNellyBouquet said...

Waa.. Kakak sgt berbakat. Terima kasih sudi kongsi ilmu.

Suzana Mustafa said...

Nelly Norizal,
Terima kasih berkunjung ke blog ini. Semoga kita sama-sama berkongsi ilmu. Insya-Allah.

Unknown said...

erm..best idea ni.. blh ye klu nak tiru untuk event ke depan?