Showing posts with label Daily Planner. Show all posts
Showing posts with label Daily Planner. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

RIBBON EMBROIDERY DAILY PLANNER

Sulaman Reben Daily Planner Bunga Matahari. Teknik ini juga adalah salah satu teknik yang akan terkandung didalam buku yang ke 4 (dalam proses menyiapkan manuskrip). Amat mudah sekali teknik ini...menggunakan reben 1 inci dan panjang reben 36" dan TIDAK perlu gunting sekeping-sekeping...hanya lipat-lipat sehingga pusing keliling. Papan notis ini anda boleh gantung mesej mengikut hari. Tulis aktiviti anda pada sekeping kertas dan sepitkan pada penyepit mengikut hari.
Penyepit ini ada jual di Kedai Alat Tulis. Saya ikat benang pada butang yang telah dijahit pada kain kiri dan kanan, susun gantung penyepit ikut hari.
Untuk susun lipat bunga... senang...masalah besar...bila nak jahit pada kain...terutama sekali..apabila nak condongkan bunga..adoiiii...masalaahhhh betullll...agak jenuh untuk memikirkan bagaimana tekniknya...
Anda boleh gantung di dinding ATAU letakkan diatas stand untuk letak di sudut meja anda...mesti nampak menarik...tapiiiii lebih menarik jika saya kasi freee kannnn ????.... secara kebetulan...ini...saja suka jahit...bukan untuk sesiapa pun...sebab...bila idea dah mai..terus ambik reben..terus buat...sebab tak nak hilang idea tu...Bila tanya pada anak..."cantik tak "...jawab anak..."nampak simple..tak menarik...kalo ibu tak nak..kasi Nisa..nak letak dalam kelas..boleh jadikan jadual tugas..."....komen dia nampak simple..memang betul...mungkin sebab ruang sulam terhad dan bunga besar...maka saya tidak ada ruang untuk jahit bunga-bunga kecil yang lain sebagai menambah hiasan...walaupun dia komen...nak plak cantikkan kelas dia...hahhahahahahha.....jika letak di kelas dia...gerenti esoknya hilang....cukup entri saya kali ini...tunggu lagi 2 minggu saya akan online eeekkk...sebab nak terbang ke laut sana....hehhehehehe....

RIBBON EMBROIDERY DAILY PLANNER

Sulaman Reben Daily Planner ini saya jahit bunga ros berkelopak. Teknik jahitan bunga ros ini akan ada di dalam buku yang ke 4 (dalam proses menyiapkan manuskrip buku). Saya menggunakan Strip Ribbon @ Grosgrain Ribbon warna kuning saiz 1.5 inci. Actually..inilah pertama kali saya guna reben warna kuning...entah kenapa..bila dah siap...menarik pula bunga ros ini...nampak hidup... Nampak menarik...tetapi...agak sukar untuk jahit condongkan bunga ros berkenaan...jika silap jahit...akan nampak bunga tak menjadi...Penyepit kayu berkenaan..saya beli di Kedai Alat Tulis...ekceli..dah lama beli...tapi tak tau nak buat apa..saja suka simpan...bila dah lama...baru idea tu mai...Saiz board ini 11" x 14"...boleh gantung dinding atau letak atas stand...molek jika letak atas meja...jika anda ada apa-apa aktiviti..tulis atas sekeping kertas dan gantungkan pada penyepit...Sebenarnya..sebelum ini saya ada buat papan notis ini dengan menggunakan kain felt untuk hiasan dapur...bila kemas stor..saya lupa mana letaknya...Tunggu ekkk...ada lagi paten Papan Notis ini dengan teknik bunga baru juga dan paten sulaman lace...tungguuu...

Monday, February 20, 2012

RIBBON EMBROIDERY DAILY PLANNER

Nota Diari Sulaman Reben Bunga Kekwa ini, saya jahit untuk hadiah kepada seseorang. Agak jenuh juga memikirkan paten yang sesuai...akhirnya dapatlah idea untuk saya buat Daily Planner yang sesuai untuk si penerima...Lebih menarik...jika diletakkan atas meja @ sangkut di dinding.
Sekeping reben merentang untuk sangkut pen dan buku nota.
Teknik Jahitan Sulaman Reben Bunga Kekwa ini menggunakan reben saiz 2 inci. Gunting sekeping-sekeping dan jahit cantum diantara satu sama lain. Teknik jahitan bunga ini adalah salah satu isi kandungan buku yang ke 4 (akan datang --> Insya-Allah). Agak sukar juga untuk jahit...terutama untuk kedudukan bunga condong...pada percubaan pertama..ianya TIDAK menjadi...INI adalah percubaan kedua...alhamdulillah..akhirnya saya dapat tips bagaimana nak jahitnya.... Amat sesuai untuk dijadikan hadiah kepada Boss anda...jika berminat untuk menempah, boleh email ke zsi_trading@yahoo.com.