Tuesday, October 16, 2012

Ribbon Embroidery - Rose Bud

Jom Belajar hari ini ialah Bunga Rose Bud. Sebenarnya, bunga ini banyak jual dah siap...samada di kedai-kedai barangan perhiasan wanita, barangan perkahwinan dan barangan jahitan. Dijadikan hiasan di Skaf, klip rambut, purse, kasut dan brooch. Sewaktu saya ke Guangzhou, China...memang banyak sangat bunga ini dijual dalam pelbagai warna, saiz dan tekstur iaitu samada dari bahan reben atau kain fabrik.



Untuk buat bunga ini, anda boleh gunakan reben atau kain satin / fabrik. Saiz yang nampak menarik ialah 2" dan 3". Reben lipat dua seperti foto diatas.



Permulaan reben. Jika anda tahu teknik Folded Rose (Sila rujuk buku "Jahitan Asas Sulaman Reben"), teknik permulaannya adalah sama. Lipat segitiga pada permulaan reben.
 


Setelah pusing lima kali, jahit bahagian tengah pada kain. Pastikan jahitan mantap dan tidak bergoyang.
 

 

 Lipat reben seperti teknik Folded Rose dan jahit pada kain. Sambil pusing lipat, anda kena jahit pada kain.



 Lakukan teknik lipatan yang sama dan jahit pada kain sehingga bunga kelihatan besar. Panjang reben tertakluk kepada besar mana bunga yang anda inginkan.



Bunga Reben Rose Bud yang telah siap. Jika anda hendak jadikan Brooch, anda boleh gunting kain ikut saiz bunga dan gumkan pada pin brooch. Jika anda rajin dan berminat untuk berniaga, boleh cuba buat bunga ini banyak-banyak dan jual...lebih menarik hasil kerjatangan orang MALAYSIA...tak perlu laa beli siap produk China....hahahahahhaa....Selamat Mencuba !

4 comments:

DENISE said...

Lindo!!!

Dr Sonia S V said...

I have never done ribbon embroidery but love your creations. Have pinned it .Here is the pin link : Flower making tutorials

sandrinhalima said...

Simplesmente maravilhoso, Beijos.

Dwi Sulistiyani said...

Terimakasih untuk sharing informasinya.. Sangat menginspirasi.. Best Regards : Fitinline..