Wednesday, May 2, 2012

Sulaman Reben Buah Strawberi

Jom Belajar hari ini, ialah Jahitan Sulaman Reben Buah Strawberi. Menggunakan satin reben yang mudah didapati di kedai-kedai menjual alatan jahitan @ kedai-kedai yang menjual barangan perkahwinan @ Kedai Bunga Reben di Jalan Tuanku Abdul Rahman, KL. Saiz reben yang digunakan ialah 1/2 inci warna hijau untuk daun dan 1 inci warna merah untuk buah. 






Sila rujuk foto-foto diatas, lakukan teknik jahitan Asas Sulaman Reben iaitu Detached Chain. Pada yang pernah belajar, pasti tiada masalah untuk menjahit. Pada yang zero ilmu sulaman reben, pasti hadapi kesukaran. Apa pun, saya syorkan anda amati foto-foto ini dengan teliti untuk fahami langkah demi langkah jahitan. Yang belajar adalah anda...saya hanya menyampaikan ilmu sahaja.
 
Guna benang sulaman atau benang Crosstitch warna oren...jahit Sulaman Benang French Knot atau mata lalat. Teknik ini mudah kepada yang tahu jahitan sulaman benang.
 
Bahagian atas buah, guna reben saiz 1/2 inci dan lakukan teknik jahitan Ribbon Stitch. Buah Strawberi yang telah siap dijahit. Senang kan ? SELAMAT MENCUBA ! Boleh di jahit pada Alas Meja...
 

3 comments:

FEDO said...

menariknya

safiaaddina said...
This comment has been removed by the author.
XX said...

cudowne truskawki , pozdrawiam:)