Showing posts with label Wedding Gift. Show all posts
Showing posts with label Wedding Gift. Show all posts

Thursday, June 12, 2014

BUNGA PAHAR

Bunga Pahar Gantung...juga tempahan Puan Rafikah Redzuan yang menempah 100 pcs...sebanyak 600 kuntum Folded Rose perlu disiapkan...terima kasih juga kepada Siti Norlaili yang telah membantu saya untuk menyiapkan tempahan ini.





Alhamdulillah...ramai yang suka lihat hasilnya...

BAG UNCANG PASU

Salam Sejahtera Pengunjung...

Bag Uncang ini adalah untuk isi pasu di tempah oleh Puan Rafikah Redzuan untuk dijadikan Door Gift kepada tetamu VVIP. Agak sukar untuk menyiapkan 14 bag uncang kerana saiz kain untuk sulam yang agak kecil dan terhad.








Selamat mencuci mata dengan hasil kerjatangan saya yang terbaru....

Thursday, February 13, 2014

HOME SWEET HOME

My handmade wedding gift ~ Home Sweet Home. Inilah kerjatangan saya yang semuanya dibuat dari kertas. Bunga ros itu, dibuat dari Art Paper dan perkataan adalah kayu.





Stand Frame ukuran 31cm x 41cm..Jika ada yang berminat nak menempah, boleh sms ke 012-6819435 atau email ke zsi_trading@yahoo.com.

Friday, June 7, 2013

KOLEKSI BUNGA PAHAR REBEN

Alhamdulillah...Bulan Jun ini...paling banyak terima tempahan bunga pahar reben...permintaan paling tinggi bila ada warna-warna reben baru seperti Vantage Pink atau ada yang kata Pink Belacan...hehehehhe...Pink Purple, warna vantage pink gelap dan warna merah tembikai ini paling menarik mata saya...saya pun ingin ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada dua pembantu saya iaitu Noraiza dan Suria yang telah banyak membantu saya menyiapkan semua tempahan ini...tanpa perkhidmatan mereka...pasti pelanggan saya dukacita...

 Ini warna pink purple dan paten bunga ini paling banyak mendapat tempahan

 Warna Vantage Pink gelap...warna reben ini sampai habis stok reben...supplier pun dah tak de stok...


 Warna reben caca merba ini adalah Bunga Telur cenderahati sempena majlis kahwin adik lelaki bongsu saya...nak habiskan stok reben..tu sebab aneka warna...


 Oleh sebab saya banyak stok reben saiz 2"...nak habiskan stok yang ada...maka saya buat Bunga Telur Cenderahati untuk dijadikan hadiah kepada tetamu pada masjlis kahwin adik lelaki bongsu saya...aneka warna reben ada...warna-warna reben ini sebenarnya kurang mendapat permintaan pelanggan...bila dah buat bunga...sekali lihat memang menarik....Insya-allah ada lagi koleksi tempahan untuk bulan Ogos, November dan December...

Wednesday, May 22, 2013

RIBBON EMBROIDERY GIFT BOX

Kotak Sulaman Reben tempahan pelanggan...jika berminat untuk dijadikan hadiah Hamper Raya Gift...boleh tempah dengan email ke zsi_trading @yahoo.com atau sms ke 012-6819435. 





Suka dengan warna reben diatas....reben lama...jumpa sewaktu pergi ke Alor Star, Kedah pada tahun 2012...nak bentuk bunga juga senang.

KOLEKSI BUNGA PAHAR (Bunga Telur)

Bunga Pahar (Bunga Telur) ini adalah tempahan pelanggan...Almaklum...akan datang musim cuti sekolah seiring dengan musim orang kahwin...berderet tempahan diterima...alhamdulillah...harga Bunga Pahar ini diantara RM3 - RM10 harga ini tertakluk kepada paten bunga, jenis reben, kuantiti bunga dan penghantaran.





Jika berminat untuk menempah, boleh email ke zsi_trading@yahoo.com atau jika nak cepat balasan, sms ke 012-6819435 atau what's up.

Thursday, May 9, 2013

RIBBON EMBROIDERY GIFT BOX












Koleksi kotak sulaman reben tempahan pelanggan...Selamat menjamu mata.....

Monday, May 6, 2013

RIBBON EMBROIDERY GIFT BOX

Salam sejahtera pengunjung blog...lagi..koleksi kotak sulaman reben..semua ini teknik jahitan sulaman reben baru...belum ada lagi dimana-mana buku saya...insya-allah..coming soon didalam buku terbaru yang akan diterbitkan pada tahun 2014...










 
Bila dah ada iron cutter...kerja menggunting dan membentuk tepi reben menjadi lebih mudah...tidak perlu untuk saya bakar dengan menggunakan lilin...saya harap, pelanggan saya puas hati dengan produk ini.

RIBBON EMBROIDERY GIFT BOX

Salam Sejahtera pengunjung blog...Kotak Kayu sulaman reben ini adalah tempahan pelanggan...teknik jahitan sulaman reben ini ada terkandung dalam buku saya iaitu Variasi Seni Sulaman Reben, mukasurat 36. Jika ada yang berminat hendak mencuba teknik jahitan ini, sila rujuk buku itu. Selamat Mencuba !













Kotak ini sesuai untuk dijadikan Kotak Hantaran atau kotak hadiah hamper Hari Raya. Jika ada yang berminat untuk menempah, boleh email ke zsi_trading@yahoo.com