Background

Jom Follow My Blog

Follow by Email

Thursday, May 9, 2013

PENGUMUMAN


Saya mohon berbanyak maaf...kerana terpaksa menolak banyak tempahan produk sulaman reben. Bulan May, Jun, Julai dan Ogos, penuh dengan tempahan produk Sulaman Reben dan Bunga Reben. Jika ada yang berminat, boleh menempah pada bulan September 2013.

Untuk tempahan, saya syorkan anda tempah 3 bulan awal sebelum tarikh produk yang anda inginkan. Saya tidak syorkan tempahan last minit atau satu @ dua bulan. Untuk siapkan tempahan, bukan senang...saya kena fikirkan paten bunga, warna, komposisi sulaman dan sebagainya...ini lah yang ambil masa tempahan.

Saya juga mohon maaf, kerana terpaksa menolak beberapa permintaan untuk Bengkel Jahitan Sulaman Reben. Saya TIDAK dapat adakan Bengkel Jahitan Sulaman Reben dalam masa yang terdekat ini atas sebab masa yang terhad dan kebizian yang melanda diri.



Terima kasih diatas sokongan anda semua dan terima kasih juga kepada yang meminati apa jua produk keluaran syarikat saya.

RIBBON EMBROIDERY GIFT BOX












Koleksi kotak sulaman reben tempahan pelanggan...Selamat menjamu mata.....

Monday, May 6, 2013

RIBBON EMBROIDERY GIFT BOX

Salam sejahtera pengunjung blog...lagi..koleksi kotak sulaman reben..semua ini teknik jahitan sulaman reben baru...belum ada lagi dimana-mana buku saya...insya-allah..coming soon didalam buku terbaru yang akan diterbitkan pada tahun 2014...










 
Bila dah ada iron cutter...kerja menggunting dan membentuk tepi reben menjadi lebih mudah...tidak perlu untuk saya bakar dengan menggunakan lilin...saya harap, pelanggan saya puas hati dengan produk ini.

RIBBON EMBROIDERY GIFT BOX

Salam Sejahtera pengunjung blog...Kotak Kayu sulaman reben ini adalah tempahan pelanggan...teknik jahitan sulaman reben ini ada terkandung dalam buku saya iaitu Variasi Seni Sulaman Reben, mukasurat 36. Jika ada yang berminat hendak mencuba teknik jahitan ini, sila rujuk buku itu. Selamat Mencuba !













Kotak ini sesuai untuk dijadikan Kotak Hantaran atau kotak hadiah hamper Hari Raya. Jika ada yang berminat untuk menempah, boleh email ke zsi_trading@yahoo.com

Tuesday, April 30, 2013

BENGKEL SULAMAN & BUNGA REBEN DI KELANTAN

Salam sejahtera pengunjung Blog...Ini adalah berita baik untuk warga Kelantan. Saya telah dijemput oleh Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kelantan untuk program berikut;
  • Program IKit Jahitan Sulaman Reben & Bunga Reben pada 12 Jun - 18 Jun 2013 (7 Hari). Program ini khusus untuk Ibu Tunggal sahaja. Oleh itu, jika anda atau sesiapa sahaja, saudara, kakak, emak, anda boleh hubungi JPW Kelantan untuk penyertaan secara percuma. Elaun kehadiran akan diberikan kepada peserta. Keutamaan pada peserta yang  benar-benar serius atau berminat untuk memajukan diri dalam seni kemahiran sulaman reben.
  • Program Jejari Bistari pada 19 Jun 2013 (Sehari). Bengkel Jahitan Asas Sulaman Reben. Penyertaan terbuka. Sesiapa yang berminat, boleh hubungi pejabat JPW Kelantan untuk pendaftaran. Tiada bayaran dikenakan, semuanya dibiayai oleh JPW Kelantan.

Hebahkan dan maklumkan kepada rakan-rakan anda atau sesiapa sahaja yang berminat. Ini adalah alamat dan telefon nombor untuk JPW Kelantan;


JPW Negeri Kelantan
JKR 1030, Taman Kemumin, 

Pengkalan Chepa, 
16100 Kota Bharu, Kelantan.

(T) 09-7741005

 

Thursday, April 18, 2013

IKAT LANGSIR BUNGA REBEN

Salam sejahtera pengunjung blog, Jika ada yang berminat untuk membeli atau menempah ikat langsir bunga reben, sila email ke zsi_trading@yahoo.com atau sms ke 012-6819435



 Contoh Ikat Langsir Bunga Reben
(Saiz small untuk langsir tingkap)

 Saiz Bunga 7 inci dan panjang tali ikat 40 inci.
4 unit RM30.00


  • Kaedah bayaran MAYBANK Akaun No. 164481084822

  • Atau CIMB Akaun No. 12100002387054.

  • Kos Pos Laju untuk Semenanjung RM9.00

  • Sabah/ Sarawak ~ sila email atau sms maklumkan alamat anda untuk ketahui kos pos laju. 

Wednesday, April 17, 2013

DIY FLOWER CARD

Perkongsian ilmu kemahiran hari ini ialah membuat cederahati Kad Bunga. Bahan-bahan yang digunakan mudah di beli. Boleh dijadikan kad simpan brooch, CD atau apa saja cenderahati yang sesuai.


Cenderahati kad bunga yang boleh isi apa saja didalamnya.

 Bahan-bahan yang digunakan ialah kad saiz A4, reben bercorak saiz 1", gunting dan pensel. 
 Pelan bentuk bunga. Gunakan pelan ini, fotokopi atas kertas kad saiz A4. Besarkan dari saiz asal.
 
 Tekap pada sekeping kad saiz A4. Lukis ikut pelan bunga ini.
 
 Guntingkan kad itu. Inilah bentuk kad yang telah digunting.

 Gunting reben bercorak saiz 1" panjang 18".
 Isi cenderahati dan ikat ditengah bentuk ikatan reben.

Inilah hasilnya cenderahati kad bunga. Mudah untuk disiapkan, malah menjimatkan. Selamat Mencuba !

HAND BOUQUET RIBBON FLOWERS

Jambangan Bunga Tangan Bunga Reben tempahan Raja Nirwani Raja Lop Badri ~ Terima kasih kerana sudi menempah.




Pelanggan boleh pilih warna reben dan paten bunga. TIDAK semestinya ikut tempahan paten yang sedia ada.

BENGKEL HAND BOUQUET 19/5/2013

Atas permintaan, maka bengkel membuat Jambangan Bunga Reben Tangan akan diadakan sekali lagi seperti berikut;


  • Bengkel diadakan pada hari Ahad, 19/5/2013.
  • Masa bengkel pukul 10 pagi - 5.30 petang.
  • Silibus bengkel : Membuat Bunga Ros Kobis dijadikan jambangan bunga tangan.
  • Yuran bengkel : RM130 termasuk semua bahan disediakan.
  • Bengkel di adakan : No. 28, Jalan SL 9/9C, Bandar Sungai Long, Kajang.
  • Jika anda berminat, sila sms nama penuh ke 012-6819435. TEMPAT TERHAD.

Wednesday, April 3, 2013

BROOCH BUNGA REBEN

Ini adalah Brooch Bunga Reben yang pertama saya jual kepada umum. Sebelum ini, saya hanya ambil tempahan sahaja dan tidak berani untuk jual kepada umum..kuatir tidak termampu untuk memenuhi permintaan pelanggan. Alhamdulillah..setelah ada pekerja yang membantu untuk siapkan produk..maka saya berani untuk menjual. 100% handmade produk buatan Malaysia. BUKAN made from China..oleh itu sudah tentu ini adalah produk berkualiti.

Brooch Folded Rose ini belum ada lagi dipasaran. Maka, jika ada yang berminat untuk berniaga, boleh email ke zsi_trading@yahoo.com. Boleh berikan harga borong (sebutharga diberikan kepada yang serius peniaga sahaja).
  • Brooch Rose : Saiz 4.5cm & Kualiti grosgrain reben 
  • Beli satu = RM3
  • Beli empat = RM10 (warna boleh campur-campur)
  • Kos Pos Laju = RM6 ATAU Pos parcel = RM2
  • Kaedah Bayaran : MAYBANK 164481084822 atau CIMB 12100002387054
  • Sms info bayaran, nama penuh dan alamat ke 012-6819435