Background

Jom Follow My Blog

Follow by Email

Wednesday, February 27, 2013

CENDERAHATI BUNGA REBEN

Tutorial hari ini ialah Bunga Telur Bunga Reben atau Cenderahati. Teknik bunga ini sama dengan teknik Pin Bunga Reben, bezanya ialah ukuran panjang reben dan jumlah kelopak bunga reben. Bunga Telur ini saya buat untuk majlis perkahwinan adik bongsu yang akan berlangsung pada bulan Jun ini untuk di hadiahkan kepada semua tetamu...siapa yang datang...semua dapat Bunga Telur ini...

 Bahan-bahan yang digunakan ialah jarum, benang, pita bunga, inti bunga, gum UHU dan reben saiz 1 inci.

 Panjang reben 4 inci dan gunting 30 keping.

 Teknik lipatan sama dengan paten Pin Bunga Reben. Lipat reben seperti foto diatas.

 Bahagian atas kanan reben, turunkan ke bawah hingga lipatan reben sama dan bahagian atas runcing segitiga.

 Jahit jelujur cantum sebanyak 30 keping reben. Matikan benang pada bahagian mula jahitan reben.

 Bunga telur reben yang telah siap. Masukkan inti bunga di tengahnya.


  Inilah Bunga Telur Bunga reben yang telah siap. Hasil kerjatangan yang dibuat sendiri pasti puas hati.
Selamat mencuba yee...teknik bunga ini amat mudah sekali...segala perkongsian ilmu semoga mendapat keberkataan Allah swt...malah saya lebih happy jika anda benar-benar menafaatkan ilmu kerjatangan ini.

15 comments:

Claudia Maria said...

Me surpeendo cada dia.

Fadzillah said...

Cantik nya puan Ann.
Terima kasih kerana sudi share.

Léia said...

Não canso de elogiar os seus trabalhos desde que os vi pela primeira vez. Parabéns!!

SueMiezi said...

Asslmkm kak Ann.
Cantik..Thank's kongsi tutorial. (^_^)

Diari Ann said...

Thanks to all kerana sudi berkunjung ke blog ini. Sama-sama berkongsi ilmu.

suzanna ibrahim said...

cantik sgt ada masa nak cubalah,terima kasih atas ilmu yang dicurahkan.semoga allah memberkati.

.:ieQa-aFiQaH:. said...

kak ann nak tanya macam mana nak cantum bunga tu? boleh tunjuk x macam mana akak cantum boleh jadi kelopak bunga macam tu

.:ieQa-aFiQaH:. said...

kak ann nak tanya macam mana nak cantum bunga tu? boleh tunjuk x macam mana akak cantum boleh jadi kelopak bunga macam tu

Ayesha Ramlee said...

sy pun buat tak jd. tp sy asing2kan 10, pastu tindir2, br jadi... thanks kak..

Aidahirana mohd yatim said...

Akak,saya dah try buat..alhamdullillah jadi..dan dah ada org tempah utk bunga pahar..teima kasih kak..tapi saya tak pandai nak jahit,saya terus gam je..hehehe..

Souvenir said...

indah betul bunganya bu......ilmu yang sangat bermanfaat

Cheida_Mymee said...

akak cantikk sgt!!
mohon share n copy

Wardah Hassan said...

Salam kak an...blh tanye....kt mna nk dpt inti bunga nie bnyak2...huhu..

Deesha said...

Cantiknya....saya sangat suka ni...nak try buat juga. Thanks Puan Ann.

Emma M said...

Terima kasih atas idea ini..sangat cantik dan mudah untuk dicuba..