Tuesday, March 12, 2013

RIBBON EMBROIDERY - CHRYSANTHEMUM

Salam berkunjung dan salam sejahtera pengunjung blog. Entree Tutorial DIY hari ini ialah teknik dan tips jahitan sulaman reben Bunga Chrysanthemum atau Bunga Kekwa. Teknik jahitan ini tergolong dalam Silibus Jahitan Asas Sulaman Reben. TETAPI hari ini, saya nak tunjukkan tips dan teknik jahitan pandangan 3D Sulaman Reben atau komposisi sulaman bagaimana untuk jahit pandangan atas, kiri dan kanan. 

Ribbon Embroidery - Chrysanthemum atau Jahitan Sulaman Reben Bunga Kekwa
Bahan yang diperlukan ialah, kain, penegang kain (ram), reben saiz 1/4 inci, jarum sulaman reben dan pembaris.

Kepada pelajar baru, saya syorkan anda beli pembaris pelan itu. Ianya amat berguna untuk anda dan ada jual di kedai Alattulis. Melainkan anda sudah lama berkecimpung atau sudah "master" dalam sulaman reben, mungkin itu tidak diperlukan untuk melukis tampok bunga (tengah bunga).

 Pada pembaris itu, terdapat banyak saiz bulat lonjong mengikut kepada saiz besar bunga sulaman reben. Setiap saiz itu juga tertakluk kepada saiz reben. Oleh sebab saya menggunakan reben saiz paling kecil iaitu 1/4 inci, maka saya pilih tengah bunga yang paling kecil. Lukis 3 bulat pandangan tengah, kiri dan kanan. Kedudukan kiri dan kanan, lukis senget sikit dari pandangan tengah.


 Jahit teknik jahitan sulaman reben "French Knot" (Sila rujuk buku Jahitan Asas Sulaman Reben) pada bahagian bulat. Jahit sehingga penuh bulatan yang telah ditandakan
 
 
Dah siap jahit tengah bunga, tandakan dengan Fabrik Pen untuk jahit kelopak bunga. Sila amati foto ini. Bagaimana saya tandakan bahagian untuk jahit kelopak bunga. Bahagian atas, ditandakan pendek berbanding bahagian bawah.
 
 
Jahit teknik jahitan "Straight Stitch" (Sila rujuk Buku Jahitan Asas Sulaman Reben"). JANGAN jahit terlalu penuh keliling bunga, jarak sikit antara satu sama lain.


 Jahitan "Straight Stitch" yang telah siap untuk lapisan pertama (bahagian bawah lapisan kelopak bunga).

Jahit teknik "Ribbon Stitch" (Sila rujuk Buku Jahitan Asas Sulaman Reben") untuk bahagian yang kosong. Jahit sehingga penuh keliling bunga. Elakkan tarik reben terlalu tegang, tidak mahu merosakkan kelopak bunga antara satu sama lain.

 Ini Jahitan Sulaman Reben Bunga Kekwa yang telah siap. Perhatikan foto ini, anda boleh lihat pandangan 3D Sulaman Reben dengan komposisi kedudukan sulaman reben dari tiga sudut pandangan. Iaitu pandangan tengah, kiri dan kanan.




 Paten-paten Sulaman Reben Bunga Kekwa untuk anda mencuba teknik jahitan ini dengan merujuk paten ini. Rujuk komposisi bunga bahagian saya jahit ikut arah pandangan. Diharapkan tutorial ini dapat membantu anda meningkatkan lagi kemahiran Sulaman Reben. Semoga Ilmu ini mendapat menafaat untuk semua dan diberkati Allah swt. Insya-Allah dan SELAMAT MENJAHIT !


13 comments:

Unknown said...

very nice blog.we are happy to this.Here we would like to buzz about Delights of India.which is a directory for Indian arts and crafts.
India handicraft store

ibh_sue said...

Asslmkm kak Ann.
Mmg cantik kak.. Hebatt..

Unknown said...

Fantástico. Parabéns!

Suzana Mustafa said...

Thank you Friends...

Unknown said...

assalamumualaikum kak Ann... terima kasih sebab sudi berkongsi ilmu.. saya sudah pun memiliki kesemua buku2 kak Ann...dan sekarang sedang belajar melauinya.

Suzana Mustafa said...

Aida Farha,
Terima kasih jua dari saya kerana telah membeli kesemua buku-buku saya...jika ada masalah boleh ajukan soalan.

rika said...

assalamualaikumwrwb...cik ann terima kasih alhamdlh bermanfaat dah bagi2 ilmu dg kita2,saya minat bunga jadi saya minat semua karya cik,saya de beli buku cik variasi seni reben, alhmdh kawan2 saya banyak yg minat,

Suzana Mustafa said...

Rika,

Terima kasih.

israkof said...

'telah melihat sulaman indah dan saya ingin belajar semua mata mereka, tetapi saya telah melihat sulaman nada.me kerja tidak suka mempunyai revistas.pero mereka, saya tinggal di seluruh dunia, negara saya dipanggil cili.

israkof said...

'telah melihat sulaman indah dan saya ingin belajar semua mata mereka, tetapi saya telah melihat sulaman nada.me kerja tidak suka mempunyai revistas.pero mereka, saya tinggal di seluruh dunia, negara saya dipanggil cili.

Rękodzieło Jadzi said...

Cudne prace :) pozdrawiam i zapraszam do siebie :) Jadzia z Polski :)

cikneena mustapa said...

Cantik sgt. Bunga nmpk hidup.
Sebelum neh.xpenah amik tau psal reben2 neh. Tp pas tgk belog akk trus jd excited tuk blaja. Huhu. Kat mne kak bole beli buku sulaman reben yek?

Unknown said...

assalam...mcmana nak buat daun bunga tu? 1st time tengok....trus suka dgn kraft riben ni..