Tuesday, February 11, 2014

DIY ROLLED ROSE

Perkongsian ilmu membuat bunga Ros Gulung. Setiap foto ada penerangan, rajin-rajin laa...membaca yee...Selamat Mencuba !



Menggunakan satin reben saiz 2 inci dan gunting panjang reben 46 inci.


Gunting bahagian atas reben lengkuk-lengkuk. Gunakan gunting kecil dan tajam.


Bakar bahagian yang sudah digunting untuk matikan reben yang berbulu serta untuk menampakkan efek lekuk-lekuk seolah kelopak bunga.


Gulung pada permulaan reben sebanyak 5 kali dan jahit. JANGAN putuskan benang.


Gulung reben. Elakkan gulung terlalu rapat dan jahit bahagian tengah reben. Pastikan setiap kelopak bercantum.


Jahit bersilang. Setiap lapisan reben mestilah dijahit.


Bunga ros gulung yang sudah siap.




Jambangan bunga reben sesuai untuk dijadikan hiasan atau bunga tangan pengantin.

Apa jua ilmu yang dikongsi saya HALAL kan dan anda boleh kongsi info ini untuk menafaat bersama dan semoga di berkati oleh Allah swt. Insya-allah.

2 comments:

ct cucubi said...

terima kasih sebab berkongsi.. bila ingat balik bunga tangan fabrik masa kawen haritu.. buruk giler.. tangan keras teringin nak DIY..nanti free2 teringin nak try yg ni.. harap2 yg ni menjadi.. =)

Atiey Mariati said...

tenkiuu kak..tapi nak tanya sket la mcmane nak cantum bunga tu kat batang utk jadikan bunga tangan kak?