Monday, February 25, 2013

PIN BUNGA REBEN

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera pengunjung Blog. Sudah lama saya tidak kemaskini segmen DIY. Tutorial hari ini bagaimana teknik buat Pin Tudung Bunga Reben. 

 Ini Pin Tudung Bunga Reben yang telah siap. Jika buat sendiri pasti puas hati kan...malah anda boleh jadikan cenderahati atau jahit pada baju.


 Bahan-bahan yang diperlukan ialah reben saiz 1 inci, jarum, benang, hiasan manik dan pin.


 Gunting reben panjang 2 inci sebanyak 5 keping


 Lipat reben seperti foto diatas. Bahagian yang bertanda "A", lipat bertemu ke bahagian bertanda "B".
 
 Lipatan reben yang bertindih dan bahagian atas runcing bentuk segitiga.

 Jahit jelujur 5 keping reben. Pandangan belakang reben.


 Pandangan bahagian hadapan reben. Tarik benang agar bahagian bawah berkedut.


 Temukan benang pada bahagian mula jahitan, jahit simpul mati benang dan gunting benang.

 Setelah siap, letakkan gam UHU ditengah bunga untuk gam manik hiasan.


 Letakkan gam UHU pada pin tudung dan gamkan bunga reben yang telah siap dijahit .

Teknik Bunga Reben ini mudah siapkan ? Selain dijadikan pin tudung, anda boleh juga jahit pada pakaian, tudung, aksesori klip rambut kanak-kanak dan lain-lain hiasan yang anda fikirkan menarik untuk dijahit. Selamat Mencuba ! Insya-allah apa jua ilmu yang dikongsi semoga mendapat keberkatan Allah swt.


17 comments:

MrsNellyBouquet said...

mlm ni insya-Allah try... Da lama kepingin utk cuba bt.. terima kasih.

eita said...

senang nye....
nati nak try lah....

Suzana Mustafa said...

Nelly,
Selamat mencuba. Jangan lupa berkongsi foto jika berjaya menyiapkannya.

eita,
Teknik bunga reben yang memang mudah untuk disiapkan.

Unknown said...

lindo

Mardiyah said...

salam k.Ann....saya peminat RE n bljr sendiri je heehee...thru books n internet suka2.... nmpk senang tutorial saya try n tiru bunganye minta izin ye...tq

Mardiyah said...

teknik nmpk mudah boleh saya cuba n tiru bunganyer...minta izin ye... saya ni bdk baru bljr mmg suke sgt2 bab2 nie....bljr caranye pun thru books n internet... sronok dpt brknlan ngn kak ann..(boleh saya pnggil macam tu?)

Suzana Mustafa said...

Mardiyah,

Salam perkenalan jua dari saya. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini. Boleh panggil Kak Su...sebenarnya nama "Ann" adalah nama anak sulong saya...

Unknown said...

di mana boleh beli pin itu yer?

Unknown said...

assalamulaikum .... baru jumpa tutorial buat bunga reben.. mintak izin nk cuba buat la nanti..

Unknown said...

Salam.,

Saya kurang faham maksud ini ---> Lipatan reben yang bertindih dan bahagian atas runcing bentuk segitiga.

Macam mana ek? Cuba juga pusing2 tapi tetap xdpt segi 3. harap dpt jelaskan.

Terima kasih

~Fatin~

syahidah said...

minta izin ye nak buat nanti hehe

syahidah said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Terima kasih akak atas ilmunya... :)

Unknown said...

salam.. trima ksih kak coz tnjukkan cara yg pling senang.. huhu..

Unknown said...

salam.. trima ksih kak coz tnjukkan cara yg pling senang.. huhu..

Unknown said...

salam.. trima ksih kak coz tnjukkan cara yg pling senang.. huhu..

Cheida_Mymee said...

masyallah..
akak mmg baik hati sediakan turorial dan share step by step tanpa disable right click...
thanks sgt akak.. sy doakan akak murah rzki dgn ilmu yg dikongsikan
seikhlas hati :)