Monday, May 28, 2012

DRESS PAPER BAG

Jom belajar hari ini, Bag Kertas Gaun...almaklum...bulan Jun..musim orang kahwin..pasti anda mencari-cari idea untuk dijadikan gift kepada tetamu..saya harap...idea ini dapat membantu anda...

 Bahan-bahan yang diperlukan ialah; Congurated paper, Gunting, Gum UHU, Rantai Manik & Reben. Congurated paper ini boleh dibeli dimana-mana kedai Alat Tulis @ di Jaya Jusco bahagian paper.



Lukis paten baju @ klik pada imej pelan daun diatas dan print diatas kertas A4. Design baju ini sebenarnya boleh ikut suka anda, nak macam mana patennya. Kaedah amat mudah, ibarat anda lukis pelan baju pada kertas. Saiz baju tersebut yang saya gunakan ialah, labuh 6 inci dan lebar 6 inci. Lebar lengan baju 1.5 inci dan lebar leher baju 3 inci.

 Lukis pelan baju pada kertas congurated kiri dan kanan dengan tapak bag kertas ialah lebar 2 inci dan panjang bag 4 inci. Pastikan ada basi kiri dan kanan bag 2 inci. Ini untuk lekatkan kertas bahagian kiri dan kanan bag.

 Inilah kertas yang digunakan untuk menutup kiri dan kanan bag. Ukurannya ialah lebar 3 inci dan panjang 5.5 inci.

 Dah siap lukis pelan baju, gunting kertas berkenaan seperti foto diatas. 

 Gunakan gum UHU untuk lekatkan bahagian kiri dan kanan bag. lebar penutup 3 inci dan ini bermakna ada basi kiri dan kanan 1/2 inci.

 Paper bag yang telah siap digum dan ditutup kiri dan kanan.

 Gunting rantai manik panjang 10 inci dan letakkan gum uhu pada keliling leher baju dan lekatkan. Panjang rantai manik ini, boleh ikut suka anda.

 Akhir sekali, gumkan reben pada bahagian depan paper bag baju ini. Panjang reben 12 inci, dan ikat simpul seperti foto diatas dan gumkan pada paper bag.

 Inilah Paper Bag Dress yang telah siap. Menarikkan jika diberikan kepada tetamu....Tambahan pula trend kini ialah polkadot...lebih menarik, jika dapat kertas bercorak...Selamat mencuba ! Saya harap pastinya hasil kerjatangan anda menjadi...lebih eppi jika buat sendiri...jimat bajet !

14 comments:

SarahSyafiq said...

salam, saya link entry ni dlm blog sy.thnx alot.sgt memberi inspirasi pada B2B:)
http://syafiqsarah.blogspot.com/2012/05/inspirasicute-dress-paper-bag.html

Cikpuan rara said...

wow sgt nice.

Aziha said...

cantik hasilnya..
sapa yg nk bg personal touch waktu kenduri nt blh la cuba buat ni..

Ina said...

Salam... Cantik sangat...

miss candy said...

sgt kreatif! suka sgt hasil kerja tangan pn.Ann :)

Diari Ann said...

SarahSyafiq
okey...no problem untuk sharing info.

Cikpuan Rara
Terima kasih

Aziha
yeap..buat sendiri lebih puas hati.

Ina
Terima kasih

Miss Candy
Terima kasih

Lala Latif said...

sangat comel...
yup..!!!true...
save bajet tp hasilnya WOW...!!!
hehee...

zul said...

Kongsikan Pengalaman Indah anda bersama Biskut Julie's di Blog Anda :] MAKLUMAT PERTANDINGAN SINI

dYnaQaYsha said...

mhn share yer, nk try buat tuk knduri adeq rayer ni, such a gorgous info.. :)

kidzz love said...

Tersangat cantik...boleh order ke?..tak sempat nak buat sendiri + kurang terorr..he..he

wan fadhil wan mahmu said...

sangat kreatif...nak tryla nnti...:)

Shariza Zainuddin said...
This comment has been removed by the author.
Shariza Zainuddin said...

saya suka diy akak,buku sulaman reben akak pun saya suka....bukan bodek tau!...

Nora Amira said...

cantik sangat ....