Tuesday, March 26, 2013

FLOWER RIBBON BOOKMARKS

Salam Sejahtera pengunjung blog. Jom Belajar hari ini Penanda Buku Bunga Reben. Terdapat aneka penanda buku yang telah saya buat hanya menggunakan bahan reben. Amat mudah untuk disiapkan dan sesuai dijadikan cenderahati.

 
 Aneka warna penanda buku Bunga Reben.

 Bahan-bahan yang digunakan ialah reben saiz 1.5 inci, reben bercorak saiz 1 inci, manik hiasan, jarum, benang, gum UHU dan fabrik pen.

 Gunting reben saiz 1.5 in dan  1 in panjang 14 inci. Tindihkan reben bercorak diatas reben tidak bercorak. Letak ditengah reben yang bercorak.

 Gunakan tapak kad yang menggulung reben. Lukiskan saiz separuh bulat pada reben saiz 1 inci sebanyak 5 bulatan. Ini untuk membentuk bunga reben.
 
 Jahit jelujur pada bahagian yang bertanda separuh bulat sehingga habis 5 bulatan.
 
 Tarik reben dan temukan jarum pada bahagian mula jahitan. Matikan benang.
 
 Letakkan bunga reben pada bahagian atas reben bercorak saiz 1 inci dan jahit tengah bunga dengan manik hiasan.
 
 Letak gum uhu pada belakang bunga reben. Gumkan pada reben saiz 1.5 inci.
 
 Penanda buku Bunga Reben yang telah siap.

Untuk menggunakan penanda buku ini, kepitkan reben pada mukasurat buku. Menarik kan ! Mudah untuk disiapkan. Apa jua ilmu DIY ini, boleh dikongsi bersama teman-teman lain dan semoga kita semua mendapat keberkatan Allah swt. Insya-Allah. SELAMAT MENCUBA !

 

1 comment:

ct mar said...

tutorial yang menarik.. tq kak. :-)