Thursday, June 9, 2011

Wajah Baru Diari Ann

Jika sebelum ini, background Diari Ann berwarna pink & red...kali ini saya pilih Pastel Blue....macam mana ? oke tak ?..please friends...berikan comment anda...kerana andalah yang akan berkunjung...maka saya berikan pilihan ditangan anda...jika ianya TIDAK OKE...maka saya akan ubah dan ubah lagi...hehehhe... Layout kali ini saya asingkan ikut kategori pada bahagian atas...ini untuk mudahkan pengunjung untuk membeli dan ketahui produk terkini saya.... Saya juga tengah siapkan Close Group Discussion Blog khusus untuk pembeli-pembeli CD EBook Jahitan Sulaman Reben...sabar yee...blog berkenaan tengah make-over...Blog berkenaan juga adalah Free Gift Online Tutorial khusus untuk pembeli EBook...masa terhad...bila ada masa free...barulah dapat mengadap pc...jika terlalu lama mengadap pc...tempahan sulaman reben tak siap plak...kakitangan memang tak cukup...nak siapkan produk banyak...saya harap anda sabar eekkk...jangan laa bosan plak... okey...berikan komen anda tentang wajah baru Diari Ann ini...5 komen terbaik...akan dapat Pin Cushion Felt Craft Cake...macam mana rupanya..sabar ekk...saya akan upload jua fotonya...

9 comments:

KyLeLina said...

wuuuweee....wajah baru yang lebih segar dan mesra pengguna. Nampak lebih tersusun dan tidak berat. kalau yang lama amik masa jugak utk masuk, sekarang sangat cepat.

Tahniah kak sebab sentiasa kreatif untuk mencipta design2 baru. Semoga lebih berjaya untuk masa depan dan nak pinjam aura dan semangat untuk terus konsisten dalam berkraf terutamannya untuk menyiapkan tempahan.

ibh said...

Assalamualaikum Kak Ann..
I like blue heee...Cantik kak..lembut ja.
Apa-apa pun tahniah kak sebab akak sentiasa menghasilkan idea2 yang kreatif..dan berkongsi ilmu.
Good luck kak..semoga terus maju dan maju lagi..(^_^)

mydeleila said...

Assalamulaikum w.b.t;
PnAnn ~ semakin cantek.. I like blue. Biru bermakna ketenangan ~ berkunjung ke blog ini bukan sahaja dapat meningkatkan ilmu RE saya tetapi design baru ini sememangnya membawa seribu kedamaian dek leka menatap hasil kerja tangan PnAnn. Biru juga membawa makna kepercayaan, kesetiaan ~ dengan wajah baru blog ini, saya merasakan bahawa kuasa dan auranya semakin meningkatkan keyakinan diri bukan sahaja kepada saya tetapi kepada wanita2 lain di luar sana, kami semua percaya bahawa semangat kental dan ketulusan PnAnn mampu membimbing kami untuk terus berkarya. Ilmu dan teknik yang diberi tidak hanya untuk keuntungan PnAnn semata-mata tetapi ianya wadah ilmu bagi kami semua.
Biru juga bermakna perpaduan ~ dengan wajah baru ini, saya rasa blog ini memang sesuai kerana ianya melambangkan silaturahim yang terjalin antara rakan maya, walau tak pernah bersua tetapi dapat manfaat daripada nukilan PnAnn. Akhir kata, saya memang sukaaa dengan wajah baru ini. Tahniah dan selamat berkarya.

Suzana Mustafa said...

KyLelina, ibh dan mydeleila,

terima kasih diatas sokongan anda semua dan terima kasih jua kerana menyukai layout baru ini.

Totot said...

Nice blue, nice to see and calm to eyes

ct@min said...

Asslm..puan, cantik kaler biru ni..lembut jer..selembut jari puan menjahit dan membentuk reben-reben tu jadi bak bunga yang sebenar..

Kak Ina said...

mengenai layout baru ....suka sangat ! lagi satu betul kata kylelina, nampak ringan blog nie tak sarat dan tersusun.

tak pandai nak bermadah2 cuma ckuplah sekadar kak na kata, kalau tak ada entri baru pun kak na akan kesini melihat warna biru lembut tu...kalau buat baju kurung pun cantik corak macm tu kan?...:)

Diari Ann said...

Totot, ct@min @ Kak Ina,

Terima kasih...insya-allah..saya juga akan mempertingkatkan lagi isi kandungan blog ini...bila sibuk..hampir lupa tentang Diari Ann ini...

Zamzalina Samsuddin said...

terima terima kasih puan..sebab layout nie lebih mudah di fahami dan cantik..ilmu yang puan curah pun lebih tersusun dan lengkap..cara penghuraian pun lengkap.