Showing posts with label Deco Craft. Show all posts
Showing posts with label Deco Craft. Show all posts

Monday, October 19, 2009

Deco Craft (Part 4) - Key Holder (Penyangkut Kunci)

Deco Bersama Suzana Kembali lagi....kali nie ialah Penyangkut Kunci.... Bahan-bahan yang diperlukan ialah ; Chipboard ~ Saya syorkan anda beli di bahagian Alat Tulis Jaya Jusco...harganya RM5.90. Sebab kualiti, tebal dan ada lapisan kayu nipis agar ditebuk TIDAK mudah pecah. Lining @ Piping ~ tidak kisah apa jenis..asalkan dapat buat kemasan keliling frame. Spounge ~ beli yang ketebalan 12mm. Kain ~ saya syorkan kain tebal iaitu kain sofa atau 100% cotton tebal @ kain Crosstitch. Butang Jeans ~ ada jual di kedai barangan jahitan bahagian butang baju...saya gunakan sebab mudah untuk sangkut kunci yang berat...tidak melondeh kebawah.
Gunting dua keping chipboard dengan ukuran lebar 6 inci dan panjang 12 inci.
Butang jeans nie ada dua bahagian. Bahagian yang tajam adalah bahagian bawah dan penutup dibahagian atas. Tandakan dari bawah ke atas 2 1/2 inci. Tandakan setiap 1 1/2 inci kepada 4 bahagian (Seperti foto diatas). Masukkan bahagian penutup iaitu bahagian tajam butang jeans..pada bahagian yang ditandakan setiap 1 1/2". Pusing kan kad kedepan dan letakkan kain. Ambil bahagian penutup butang Jeans dan tutup pada bahagian bawah penutup butang. Gunakan Tukul Besi untuk menutupnya. Pastikan anda lapik dengan kayu pada bahagian bawah ketika hendak ketuk. Butang Jeans yang sudah siap dipasang. Foto Akhir sekali..kedudukan butang jeans. Setelah siap pasang butang Jeans. Kemaskan kain dan jahit pada bahagian belakang kain seperti diatas. Pada bahagian yang ada butang jeans dan Sulaman Reben....letakkan spounge di bahagian belakang chipboard dan jahit seperti diatas. Pandangan ini adalah bahagian belakang kain / chipboard. Cantumkan dua keping bahagian depan dan belakang. Jahit jelujur. Kemaskan dengan lining pada keliling bahagian yang telah siap dicantum. Key Holder yang telah siap. Bahagian hadapan ini, TIDAK semestinya Sulaman Reben. Anda boleh jahit Sulam Benanng, Sulam Manik, Crosstitch, Stumpwork, PunchNeedle, Patchwork, Felt atau apa saja...saya hanya berikan idea untuk anda menghasilkan produk hasil dari jahitan sulaman. SELAMAT MENCUBA ! Nantikan tutorial seterusnya......Insya-Allah...

Tuesday, October 13, 2009

Deco Craft (Part 3) - Wall Hanging

Wall hanging ini ukuran diameter ialah 12 inci x 12 inci. Ini bermakna anda gunakan ram saiz 12 inci. Anda boleh ubah saiznya ikut suka merujuk kepada saiz ram yang digunakan.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah : dua keping chipboard yang digunting bulat ikut ukuran saiz ram, spounge 12 mm dua keping yang digunting bulat ikut saiz ram. Kain, tali tussels ikat langsir (ada jual di Kamdar & Tee Wah - pilih saiz mini) dan perkataan yang diprint dari computer. Pilih font sendiri dan tekap dengan tracing paper dan lukis pada kain.
Tekap perkataan dengan tracing paper dan tekap semula pada kain. Gunakan benang sulaman DMC Pearl Cotton No. 5 untuk jahit perkataan. Opsyen ~ Anda boleh jahit perkataan berkenaan dengan mesin sulam jika suka...pastikan saiz font besar.
Lebihkan kain 2 inci dan gunting bulat. Lihat contoh foto diatas.
Kain yang dah siap disulam reben dan digunting bulat. Letak kain dibawah, spounge dan chipboard (rujuk foto diatas). Jahit jelujur keliling kain. Lakukan teknik yang sama untuk dua keping. Ini adalah untuk bahagian depan (sulaman reben) dan belakang.
Dua keping yang dah siap. Cantumkan dua keping dengan jahitan jelujur tersembunyi. Akhir sekali, jahit tussels kelilingnya. Bahagian bawah tussels...anda boleh hiaskan dengan bunga reben kecil-kecil sebagai penambah seri.
Wall hanging yang dah siap. Paten sulaman bahagian depan, terpulang pada anda...mungkin juga boleh buat sulaman no. untuk dijadikan Jam Dinding. Anda boleh hantar ke kedai jam untuk dipasangkan motor jarum jam. Kosnya ialah RM30 untuk pasang sekali dengan bateri. Okey...SELAMAT MENCUBA ! Cantikkan rumah anda dan teruskan Deco Bersama Suzana....hahahahahhahhaa.....Nantikan Deco Part II....

Monday, August 24, 2009

Deco Craft (Part 2) - Frame Sulaman Reben

Asalnya nak sambung minggu lepas...disebabkan demam, selsema dan batuk melanda diri...makanya saya tak dapat nak mengadap pc...okey..saya sambung semula teknik buat Frame Sulaman Reben ini... Pilih reben 1/2 inci dengan 2 tone colour yang satu gelap dan satu terang. Gunting reben panjang 15 inci dan buat teknik Folded Rose. Jika boleh, buat 3 gelap dan 4 terang..maka jumlah semuanya ialah 7 folded rose. Tebuk kertas congurated paper dan masukkan folded rose berkenaan. Jika kuatir ianya tertanggal, anda boleh gunakan Gun Glue untuk lekatkan Bunga Reben berkenaan. Gunakan pelapik kabus untuk jahit daun. Lapik kad diatasnya dan lakukan teknik jahitan Ribbon Stitch. Untuk bunga kecil-kecil bahagian renda @ atas pasu, lakukan teknik jahitan 'Running Stitch Rose'. Guna reben saiz 1/4". Akhir sekali...lekatkan congurated paper yang telah siap dijahit pada frame yang TIDAK bercermin. Ekceli...bingkai gambar berkenaan adalah bingkai terbuang dari ofis lama...melambak dibuangnya...maka saya ambil dan ubah suai menjadi bingkai sulaman reben. Apa pun...jika anda hendak bercermin...boleh juga...terpulang pada citarasa anda sendiri...Okey...SELAMAT MENCUBA ! dan diharapkan hiasan rumah bertambah ceria....

Thursday, August 20, 2009

Deco Craft (Part 2) - Frame Sulaman Reben

Hari Raya menjelang tiba...pastinya kalian nak berhias rumah kan ? Oke...saya upload tutorial...macam mana nak buat hiasan frame ini... Sorry ekkk...lewat sikit nak upload...jenuh dok cari balik foto tutorial...leh lupa nama folder... BAHAN-BAHAN yang diperlukan : Tiga (3) gulung reben 1/2 inci dan dua (2) gulung reben 1/4 inci untuk bunga dan daun. Congurated Paper warna hitam digunakan untuk background frame. Paper Ribbon untuk batang pokok topiary. Renda, lining, gun glue, double sided tape dan rantai manik. Jarum Chinelle No. 18 digunakan untuk jahit reben pada kad. Jarum ini tajam, maka memudahkan jahitan. Gunakan congurated paper yang warnanya ikut warna rantai manik. Lukis ikut ukuran diatas untuk buat pasu bunga. Gunting ikut lakaran yang telah ditandakan. Kad yang telah digunting seperti pasu bunga dan rantai manik digunting ikut saiz kad berkenaan. Lekatkan rantai manik dengan menggunakan Gun Glue...hati-hati guna eekkk...takut kena tangan...almaklum...kerjatangan nie kecil...maka kena hati-hati...selain itu..saya nak kalian klik pada foto dan perhatikan rantai manik yang saya gunakan...ianya ada bentuk jalur-jalur...sebabnya ialah untuk saya dapatkan seolah corak pasu bunga dan mudah untuk saya susun secara berselang. Gunakan renda ala-ala English gitu...untuk dapatkan hasil frame yang lebih menarik...pilih jenis embroidery. Lekatkan dengan gun glue. Lekat pula diatasnya dengan lining warna cokelat..perhatikan pemilihan lining berkenaan..saya pilih jenis benang embroidery timbul..SEBABNYA ialah untuk saya dapatkan bentuk @ imej dimensi seolah "para" kayu. Ini seolah-olah pasu berkenaan berada di atas meja. Saya gunakan paper ribbon warna diatas untuk dapatkan seolah batang pokok. Gunting panjang 4 inci dan lekatkan dengan Gun Glue. Lekatkan diatas paper ribbon pasu yang telah siap. Biarkan ianya timbul untuk dapatkan imej timbul seolah pasu timbul. Lepas nie...hang pa pi cari bahan diatas...cuba buat seperti diatas...ikut step diatas..dah siap habaq mai ngan saya....esok saya sambung...Cikgu nak pi meeting...hehehehehe......kepada Student AON ~ Kalian nanti Free Pack Bahan Frame ini..

Thursday, April 9, 2009

Deco Craft (Part 1) - Canister Cover

Saya ada terima permintaan seorang ahli di chatting box untuk saya paparkan tutorial Penutup Bekas Kuih...berikut adalah langkah demi langkah tutorial dan untuk paten @ design...anda boleh ambil dari foto-foto terdahulu yang telah saya paparkan. Foto diatas adalah bekas-bekas kuih yang saya jual pada tahun lepas. Ada plastik dan ada kaca...untuk kaca...customer kena datang ke kedai. Perhatikan penutup bekas kuih. Mestilah leper / sekata...tidak bertombol. Itu adalah sebahagian koleksi reben-reben yang saya gunakan untuk menutup keliling penutup kuih. Corak reben..tertakluk kepada paten/design sulaman reben. Jika sulaman reben warna biru..maka saya gunakan warna corak biru dan sebagainya. Actually..apa yang saya paparkan itu adalah sebahagian aje tauuuu....ada lagi koleksi saya yang penuh satu cabinet dinding... Gun Glue dan gunting kontot...hehehehe....tak tau nama spesifik gunting..apa pun..saya selesa gunakan itu...sebab mata nya yang pendek memudahkan saya gunting lebihan kain pada penutup kuih. Jika gunting muncung panjang..menyukarkan saya. Lekatkan Gun Glue pada penutup kuih. Lekatkan kain yang sudah siap sulaman reben pada penutup yang sudah ber glue. Tarik kain...OKE..saya nak jelaskan disini...agar kalian lebih mudah faham dan jelas...tak suka nak sorok-sorok ilmu...bila saya dah tiada...bukannya boleh bawa masuk kubur...maka perpanjangkan ilmu saya ini...saya lebih suka guna "Kain Tapestry" atau lebih dikenali sebagai "Kain Sofa"...sebabnya Tekstur kain nie...kasar atau mudah meregang...apabila guna kain ini untuk penutup kuih...maka ianya mudah ditarik tegang dan nampak kemas sekata...sebab itu saya TIDAK GUNA SPOUNGE...malah rugi guna spounge...Selain itu..kain nie tebal...memang cantik jika buat penutup kuih. Letak juga hot glue pada keliling penutup dan tarikkan kain...kemudian gunting lebihan kain. Dah siap gunting...letak hot glue pada keliling penutup dan tutup keliling dengan reben hiasan. Dah siap !....mudah kan...oke..Hari Raya tahun ini dah boleh ada bekas kuih baru...kalian..cuba..jangan tak cuba...