Wednesday, April 25, 2012

Sulaman Reben Bunga Orkid

Sulaman Reben Bunga Orkid amat cantik di jadikan hiasan jahitan pada sarung kusyen atau alas meja. Teknik jahitan ini adalah permintaan peminat Sulaman Reben untuk saya tunjuk cara DIY. Walaupun ini teknik Jahitan Asas, saya akui...tidak semua orang boleh imaginasikan cara jahitannya...maka itu saya cuba usahakan shoot foto langkah demi langkah jahitan. Menggunakan reben saiz 1/2 inci. Warna reben terpulang pada pilihan anda sendiri...apa pun yang saya paparkan adalah pilihan warna saya sendiri sewaktu menyiapkan sarung kusyen.


Cucuk reben dari bawah keatas kain dan pusingkan reben dengan cucuk ditempat yang sama iaitu bahagian mula masuk jarum.
 
Tarik reben perlahan-lahan sehingga bentuk bulat dan anggaran setengah inci, cucuk semula jarum di bahagian atas gelungan reben. Cuba perhatian foto diatas.
 
Cucuk reben di tempat yang sama ketika mula masuk jarum. Perhatikan foto diatas ini untuk teknik jahitan seterusnya. Teknik jahitan ini adalah teknik Jahitan Asas Sulaman Reben Detached Chain.
 
Jahitan Detached Chain yang telah siap.
 
Keluarkan reben pada bahagian bawah, dan lakukan teknik Jahitan Asas Sulaman Reben Straight Stitch.
 
Bahagian yang berlubang sudah ditutup dengan teknik Jahitan Straight Stitch.
 

Gunakan reben saiz 1/2 inci warna lain, lakukan teknik Jahitan Asas Sulaman Reben Ribbon Stitch. Jahit tiga sahaja pada bahagian atas. 
Tengah bunga, gunakan reben warna kuning saiz 1/2 inci untuk jahit French Knot @ anda boleh jahit manik (jika suka).



Inilah rupa bentuk jahitan Bunga Orkid yang telah siap di jahit. SELAMAT MENCUBA !

12 comments:

Salmi said...

wallahhhh..lawa sangat :-)

Suzana Mustafa said...

Salmi,

lebih menarik lagi jika jahit sendiri...

suzie said...

cantik...nak tanya..kalau nak beli riben untuk wat sulam riben ni nak cakap pe ek kat kedai..selalu diorang tunjuk riben yang biasa tu..

MamaDaniel said...

cantiknya... saya memang suka orkid! :D

Wartini_har said...

Cantiknya, ingin rasanya bisa membuat seperti itu ? Saya acungkan dua ibu jari saya deh !!!!!

carpedien said...

I just love your work it is amazing and thank you for the tips and tutorials I am very grateful.

Unknown said...

cute nyer..suke sgt..

Unknown said...

Kain jenis apa yg sesuai untuk kita buat sulaman reben ye??

Unknown said...

Salam, kak...bila nk bukak bengkel kat kedah pulak...hehe

Unknown said...

Salam, kak...bila nk bukak bengkel kat kedah pulak...hehe

Farah Aflah said...

Thanks share care nk buat kak..cantik..

Anonymous said...

Puan..kain apa yg sesuai utk sulaman riben