Wednesday, January 25, 2012

EKSPO PRODUK SULAMAN REBEN DI BRUNEI

Pada 24 December 2011 - 9 Januari 2012, saya ke Brunei sempena Ekspo Produk Malaysia khusus untuk mempromosikan produk Sulaman Reben. Pengalaman kesana amat bermakna sekali pada saya kerana Seni Sulaman Reben ini adalah baru di kalangan rakyat Brunei. Disana, sulaman manik dan labuci lebih popular. Sebelum kesana...ada juga sms kepada 22 anak-anak murid jika mereka berminat untuk menjual produk sulaman reben mereka disana...ironinya...majoriti dikalangan mereka sendiri, sudah penuh tempahan produk sulaman reben...tak pe laaa...dah rezeki mereka kan...alhamdulillah...tak sia-sia mereka belajar... Produk sulaman reben yang saya bawa kesana ialah sarung kusyen, wall hanging, bag mengkuang sulaman reben, bag kain sulaman reben, bag uncang dan lain-lain lagi. Mula berniaga amat sedih sekali...slow sangat-sangat sales...dalam hati dah cuak gak...kenapa eekkk...tak kan laa orang Brunei tak tau apa itu Sulaman Reben ? eemmm...memang pelik...saya pun tanya laa pada salah seorang event management disana...ada tak kedai alat jahitan yang terbesar di Brunei...saya ambil peluang untuk kesana dan bertanyakan sendiri dengan owner kedai...saya di bawa ke Kedai HOKKO Bits & Pieces Handicraft...bila kesana, tekaan saya benar sekali...rupanya...Sulaman Reben ini memang tidak ada lagi diperkenalkan di Brunei...eeemmm patut laa.... Pada 30 December 2011, saya di temuramah untuk siaran Berita TV Brunei...alhamdulillah...produk sulaman reben saya berjaya menarik perhatian wartawan TV untuk membuat liputan secara meluas disana...kata wartawan berkenaan...produk saya menarik dan belum ada lagi di Brunei...alhamdulillah...lebih menarik lagi...siaran berita Brunei ini disiarkan sebanyak 5 kali dan bukan sahaja disiarkan di TV...malah kisah produk saya juga disiarkan di Akhbar Brunei...esoknya...alhamdulillah...produk saya mula mendapat sambutan, malah ada yang berminat nak belajar...Insya-Allah...saya akan sekali lagi ke Brunei pada 24 Februari 2012 - 5 Mac 2012 sempena PESTA BUKU Brunei di International Convention Centre, Brunei...booth saya bebetul di hadapan pintu masuk ICC, Brunei...dan kehadiran saya kesana khusus untuk promosikan buku-buku Jahitan Sulaman Reben dan buku sulaman reben terbaru saya iaitu "VARIASI SENI SULAMAN REBEN", terbitan ALAF 21, Karangkraf <-- kepada peminat-peminat di Malaysia...nantikan buku ini eeekkkk...yang akan berada di pasaran --> coming soon aje...insya-allah....

1 comment:

Maria cristina said...

mia sorella ha vissuto in Malesia ma non mi ha mai detto che fate questi bellissimi lavori se non me ne facevo portare
complimenti
Cristina