Hello Friends,
This is the most interesting part and beautiful design the art of ribbon. I know everybody are waiting for the ribbon embroidery flower. I complete the video tutorial of Module 9 - Peony Rose. I hope you can do the activities with a combination of stitch stalk, ribbon stitch, and peony rose. Share with us your needlework by upload the photo at Gallery.
For more information, you can join my FREE ONLINE COURSE at OpenLearning.com.
Showing posts with label Online Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Online Tutorial. Show all posts
Tuesday, June 23, 2015
Wednesday, April 17, 2013
DIY FLOWER CARD
Perkongsian ilmu kemahiran hari ini ialah membuat cederahati Kad Bunga. Bahan-bahan yang digunakan mudah di beli. Boleh dijadikan kad simpan brooch, CD atau apa saja cenderahati yang sesuai.
Cenderahati kad bunga yang boleh isi apa saja didalamnya.
Bahan-bahan yang digunakan ialah kad saiz A4, reben bercorak saiz 1", gunting dan pensel.
Pelan bentuk bunga. Gunakan pelan ini, fotokopi atas kertas kad saiz A4. Besarkan dari saiz asal.
Tekap pada sekeping kad saiz A4. Lukis ikut pelan bunga ini.
Guntingkan kad itu. Inilah bentuk kad yang telah digunting.
Gunting reben bercorak saiz 1" panjang 18".
Isi cenderahati dan ikat ditengah bentuk ikatan reben.
Cenderahati kad bunga yang boleh isi apa saja didalamnya.
Bahan-bahan yang digunakan ialah kad saiz A4, reben bercorak saiz 1", gunting dan pensel.
Pelan bentuk bunga. Gunakan pelan ini, fotokopi atas kertas kad saiz A4. Besarkan dari saiz asal.
Tekap pada sekeping kad saiz A4. Lukis ikut pelan bunga ini.
Guntingkan kad itu. Inilah bentuk kad yang telah digunting.
Gunting reben bercorak saiz 1" panjang 18".
Isi cenderahati dan ikat ditengah bentuk ikatan reben.
Inilah hasilnya cenderahati kad bunga. Mudah untuk disiapkan, malah menjimatkan. Selamat Mencuba !
Monday, April 1, 2013
RIBBON EMBROIDERY - ROSE BLOSSOM
Salam Sejahtera pengunjung blog. Sementara ada kelapangan...inilah masanya untuk update blog...lepas nie...bz semula untuk persiapan tempahan produk ramadan. Jika sebelum ini, saya ada tunjukkan komposisi tips dan teknik sulaman reben Bunga Chrysanthemum atau pandangan Sulaman Reben 3D. Hari Ini saya ingin tunjukkan tips dan teknik komposisi Sulaman Reben Bunga Ros Blossom. Bagaimana untuk menjadikan kedudukan bunga itu arah ke kiri, mendongak keatas dan pandangan arah ke kanan. Teknik inilah yang akan menjadikan sulaman reben bunga anda nampak lebih hidup dan menarik. Ini adalah teknik jahitan asas sahaja, KUASAI JAHITAN ASAS...barulah anda boleh kuasai jahitan pertengahan dan lanjutan...JANGAN AMBIL KISAH sulaman reben orang lain...AMBIL KISAH SULAMAN REBEN ANDA...yang penting anda perbaiki jahitan asas anda, barulah mencuba teknik lain. Saya cuba sampaikan ilmu sedaya boleh...selagi saya mampu sumbang ilmu dengan ikhlas...saya cuba sampaikan dengan kaedah agar semua orang mudah faham...insya-allah..inilah yang saya mampu sampaikan...
Sulaman Reben Bunga Ros Blossom.
Lukis bulatan lonjong tiga. Kedudukan bulatan ini, boleh ikut suka anda. Kiri, tengah dan kanan atau atas dan bawah.
Jahit teknik jahitan 'French Knot' dengan menggunakan reben saiz 1/4 inci. Sulam sehingga menutup bulatan.
Guna reben saiz 1 inci. Gunakan tapak kertas bulat yang menutup reben sebagai pelan untuk anda lukis separuh bulatan. Lukis separuh bulatan sebanyak 19 dan inilah kelopak bunga ros. Jika anda tiada pelan itu, tandakan 3 inci untuk setiap bulatan kelopak bunga.
Jahit jelujur pada bahagian yang bertanda bulat.
Jahit jelujur sehingga habis. Pastikan jangan tarik benang terlalu ketat. Matikan benang dan bakar bahagian hujung kiri dan kanan reben. Ini untuk mudahkan jahitan.
Susun 5 bahagian kelopak reben dan jahit keliling dekat dengan bahagian tengah bunga. Lapisan kedua, susun 7 kelopak dan jahit pada kain. Pastikan jahit dekat pada lapisan pertama. Lapisan ketiga, susun 7 kelopak bunga dan jahit pada kain. Lakukan teknik jahitan yang sama.
Bahagian pertama yang telah siap. Ada tiga tingkat lapisan kelopak bunga iaitu 5, 7 dan 7.
Ini adalah teknik untuk menjadikan kedudukan atau kompisi bunga kelihatan condong. Gunakan reben saiz 1 inci yang lain dan tandakan 6 kelopak. Jahit jelujur seperti teknik yang pertama. Setelah siap, letakkan dibahagian lapisan bawah kelopak bunga dan jahit pada kain. Jahit dekat pada bunga. Setelah siap, ini bermakna ada 4 lapisan kelopak bunga pada bahagian bawah bunga dari pandangan hadapan.
Ambil satu lagi reben saiz 1 inci dan tandakan 5 kelopak bunga. Lakukan teknik jahitan yang sama seperti diatas. Secara keseluruhannya lapisan kelopak bunga ini dari pandangan atas ada 3 lapisan. Dari pandangan bawah hadapan ada 5 lapisan kelopak bunga.
Inilah pandangan belakang jahitan.
Inilah bunga ros blossom yang telah siap. Perhatikan dengan teliti lapisan kelopak bunga. Teknik jahitan komposisi bunga, perlu kurangkan lapisan kelopak dari bahagian atas. Lebihkan lapisan kelopak dari bahagian bawah. Barulah bunga anda kelihatan lebih menyerlah dan menarik pandangan. Saya benar-benar berharap, penjelasan saya jelas dan mudah faham...Insya-allah...semoga ilmu ini mendapat keberkatan Allah swt. Kongsi-kongsi dan hebah-hebah ilmu ini kepada kawan-kawan anda. Selamat mencuba !
Tuesday, March 26, 2013
FLOWER RIBBON BOOKMARKS
Salam Sejahtera pengunjung blog. Jom Belajar hari ini Penanda Buku Bunga Reben. Terdapat aneka penanda buku yang telah saya buat hanya menggunakan bahan reben. Amat mudah untuk disiapkan dan sesuai dijadikan cenderahati.
Aneka warna penanda buku Bunga Reben.
Bahan-bahan yang digunakan ialah reben saiz 1.5 inci, reben bercorak saiz 1 inci, manik hiasan, jarum, benang, gum UHU dan fabrik pen.
Gunting reben saiz 1.5 in dan 1 in panjang 14 inci. Tindihkan reben bercorak diatas reben tidak bercorak. Letak ditengah reben yang bercorak.
Gunakan tapak kad yang menggulung reben. Lukiskan saiz separuh bulat pada reben saiz 1 inci sebanyak 5 bulatan. Ini untuk membentuk bunga reben.
Jahit jelujur pada bahagian yang bertanda separuh bulat sehingga habis 5 bulatan.
Tarik reben dan temukan jarum pada bahagian mula jahitan. Matikan benang.
Letakkan bunga reben pada bahagian atas reben bercorak saiz 1 inci dan jahit tengah bunga dengan manik hiasan.
Letak gum uhu pada belakang bunga reben. Gumkan pada reben saiz 1.5 inci.
Penanda buku Bunga Reben yang telah siap.
Untuk menggunakan penanda buku ini, kepitkan reben pada mukasurat buku. Menarik kan ! Mudah untuk disiapkan. Apa jua ilmu DIY ini, boleh dikongsi bersama teman-teman lain dan semoga kita semua mendapat keberkatan Allah swt. Insya-Allah. SELAMAT MENCUBA !
Friday, March 22, 2013
RIBBON PAPER BAG
Salam Sejahtera pengunjung Blog. Jom Belajar hari ini ialah buat Bag Kertas Reben atau boleh dikatakan "Goodies Paper Bag"....sesuai untuk dijadikan cenderahati...boleh isi gula-gula, biskut, kerepek atau apa saja hadiah yang sesuai boleh diisi.
Bahan-bahan yang digunakan ialah fancy paper saiz A4, reben bercorak saiz 1 inci, double sided tape dan gum UHU.
Gunakan dua warna kertas (jika suka) atau sama warna pun okey...Satu keping gunting ukuran 5 inci tinggi dan lebar 11 inci. Tapak bag kertas ukuran 4.5 in x 4.5 in.
Tapak bag kertas ukuran 2.5 in x 2.5 in. Basi keliling 1 inci.
Lipat basi kad seperti foto diatas.
Lekatkan double sided tape keliling tapak bag kertas.
Kertas bahagian atas bag, lekatkan pada keliling tapak bag. Sila rujuk foto.
Gum double sided tape pada bahagian akhir kertas dan gum dengan kemas. Sila rujuk foto.
Gunting panjang reben 24 inci. Letakkan gum UHU ditengah tapak bag kertas dan gumkan reben. Isi gula-gula dan ikat simpul reben. Menarik kan ! Selamat Mencuba ! Diharapkan tutorial ini dapat membantu bakal pengantin mencari kelainan hadiah dengan bajet murah. Semoga Allah swt berkati ilmu yang telah saya berikan ini..insya-Allah.
Wednesday, March 20, 2013
PAPER FLOWER BOX
Salam sejahtera pengunjung blog. Tutorial hari ini...jom buat Kotak Bunga Kertas. Mencari idea untuk cenderahati kepada kanak-kanak ? Inilah kotak mini bentuk bunga untuk isi gula-gula. Bahan-bahan yang digunakan mudah untuk dibeli.
Kotak mini bentuk bunga.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah fancy card (saiz A4), gunting, reben saiz 1/2 inci dan penebuk kertas. Fancy Card ada jual di kedai alat tulis atau shopping complex Jaya Jusco & TESCO.
Pelan bentuk bunga ini, saya ambil dari papan kek bentuk bunga atau anda boleh download dari MS Word Clip Art.
Lukis pelan pada kad berwarna dan tandakan seperti diatas untuk mudahkan anda melipat bentuk bunga.
Gunting kertas yang telah dilukis bentuk bunga.
Mulakan lipatan bentuk segitiga.
Lipat atau bentukkan kad mengikut tanda.
Kotak yang dilipat mengikut tanda menjadi bentuk bunga.
Gunakan penebuk kertas untuk tebuk bahagian bulat bunga.
Gunting reben dan masukkan pada bahagian yang ditebuk.
Siap untuk isi gula-gula dan ikat reben pada bahagian tengah kotak. Inilah kotak mini bentuk bunga. Saya HALALkan apa jua ilmu yang telah diberikan dan Selamat Mencuba !
Subscribe to:
Posts (Atom)













































