Pada 2 November 2011, saya dijemput oleh Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia sebagai panel Validasi Kokurikulum Silibus Modular Kebangsaan khusus dalam Seni Sulaman Reben dan Benang. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk menggubal Silibus Seni Jahitan Sulaman dengan memberikan input-input jenis-jenis jahitan sulaman reben dan benang sehinggalah kepada kepentingan jahitan kepada industri. Saya memang amat mengalu-alukan mesyuarat ini dan memang berharap sangat agar pihak Kementerian dapat mengetengahkan sulaman reben ini secara meluas. Selain saya dijemput sebagai panel, Puan Asfarena bt Samion dijemput khusus dalam bidang Seni Sulaman Jahitan Manik & Labuci. Agak sukar juga untuk kami menetapkan silibus jahitan yang sesuai. Bermula dari kami, selepas itu mesyuarat kepada kegunaan jahitan kepada industri yang dipecah pula kepada jahitan pakaian, hiasan dalaman dan lain-lain produk. Apa pun, saya amat berbesar hati dipilih dan amat bangga sekali apabila silibus dan input-input jahitan yang diberikan diguna pakai dalam sistem pembelajaran kemahiran tinggi Malaysia.
No comments:
Post a Comment