Showing posts with label Paper Box. Show all posts
Showing posts with label Paper Box. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

PAPER FLOWER BOX

Salam sejahtera pengunjung blog. Tutorial hari ini...jom buat Kotak Bunga Kertas. Mencari idea untuk cenderahati kepada kanak-kanak ? Inilah kotak mini bentuk bunga untuk isi gula-gula. Bahan-bahan yang digunakan mudah untuk dibeli.

Kotak mini bentuk bunga.

 Bahan-bahan yang diperlukan ialah fancy card (saiz A4), gunting, reben saiz 1/2 inci dan penebuk kertas. Fancy Card ada jual di kedai alat tulis atau shopping complex Jaya Jusco & TESCO.
 
 Pelan bentuk bunga ini, saya ambil dari papan kek bentuk bunga atau anda boleh download dari MS Word Clip Art.
 
 Lukis pelan pada kad berwarna dan tandakan seperti diatas untuk mudahkan anda melipat bentuk bunga.
 
 Gunting kertas yang telah dilukis bentuk bunga.
 
 Mulakan lipatan bentuk segitiga.

 Lipat atau bentukkan kad mengikut tanda.
 Kotak yang dilipat mengikut tanda menjadi bentuk bunga.
 
 Gunakan penebuk kertas untuk tebuk bahagian bulat bunga.

 Gunting reben dan masukkan pada bahagian yang ditebuk.

 Siap untuk isi gula-gula dan ikat reben pada bahagian tengah kotak. Inilah kotak mini bentuk bunga. Saya HALALkan apa jua ilmu yang telah diberikan dan Selamat Mencuba !

Saturday, June 18, 2011

SWEET BOX

Kotak Cenderahati dengan hiasan reben diatasnya. Kotak ini boleh isi kurma, cupcakes, cokelat dan lain-lain cenderahati. Sesuai untuk dijadikan 'Corporate Gift' @ 'Wedding Gift'...almaklum..dah nak dekat raya nie...mana laa tau jika anda mencari-cari kotak untuk dijadikan hadiah....Saiz kotak tinggi 3 inci dan lebar 4 inci.
Jika anda berminat nak tempah atau menjadi pengedar untuk menjual kotak ini...sila email ke zsi_trading@yahoo.com...saya akan upload lagi pelbagai corak dan warna reben yang ada untuk dijadikan hiasan diatas kotak.

Wednesday, December 23, 2009

Jom Buat Kotak....

Saya ada terima email dan pm tentang bagaimana nak buat kotak...Tutorial kali ini saya tunjukkan kaedah buat kotak ala-ala macam bag...coming soon saya akan tunjukkan tutorial bagaimana buat kotak empat segi dan penutup....sabar ekkkk...saya akan ajar juga...cuma masa dan keadaan aje yang kadangkala mengekang saya untuk upload tutorial... Rujuk foto diatas...jika kurang jelas...klik pada foto..kemudian klik "view image"...maka anda akan dapat lihat dengan lebih jelas lagi imej diatas...lukis pada "fancy card" atau manila kad...dimana boleh beli kad ini ? Anda singgah di Jaya Jusco...mana-mana cawangan...pergi ke bahagian Stationary...bahagian kabinet paper...ada aneka warna....kad ini tebal dan mudahkan bentuk kotak...sekeping RM3.10....ukuran kotak...ekceli...terpulang pada anda...boleh kecil atau besar...yang penting anda perlu cuba dan cuba bermain dengan aneka saiz kotak. Lihat sendiri bagaimana rupa bentuknya...apabila dah ukur dan lukis...gunting kad dan gunakan "double sided tape"...lekatkan pelekat dibahagian bawah tapak kotak...saiz double sided tape yang biasa saya gunakan ialah 1 inci.
Kotak yang telah di lekatkan tepinya dengan pelekat bergam...bahagian penutup kad...anda boleh guna jangkalukis @ mangkuk atau pinggan untuk dapatkan lukisan lengkuk bulat...
Inilah hasilnya kotak yang telah siap...mudah kan !..saya yakin anda mesti boleh buat...okey...ada yang tanya...bagaimana saya dapat bentuk bunga, love etc....semua itu adalah download template dari Microsoft atau Power Point...worait...selamat Mencuba ! semoga boleh dijadikan cenderahati...

Monday, December 21, 2009

PAPER BAG & BOX

Baru ni...cuba menyulam lagi...sekali lagi tangan tak boleh nak pegang jarum...urat ditangan masih bengkak lagi...kemudian tangan kebas-kebas...bila dah bosan...apa lagi...paper craft laaa kerja saya... Sambil-sambil buat ini semua untuk jualan di kedai kawan...Saya telah kompilasikan semua hasil kerja paper craft saya dari dulu hinggalah idea-idea terkini...ingin dijadikan Buku Kraf...insya-allah...bila buat nie semua..hayal sangat...segala masalah stress ker...sakit ker...semua tak ingat..yang pasti kepuasan apabila hasil kerjatangan siap... Lagi...Felt Craft..ini mudah aje...saya hanya guna Glue UHU aje...tak banyak yang perlu dijahit...banyak juga yang dah disiapkan... Terima kasih berkunjung dan sudi-sudi laaa makan hidangan ini eekkk...Tat Telur dan Mini Karipap...hehhehehhehe.....

Thursday, December 10, 2009

JOM BUAT COKELAT GULUNG......

Tajuk aje...macam iya-iya aje nak buat Cokelat Gulung ekkkkk....jangan tertipu...sebetulnya hanya dari kertas aje... kertas ini mudah dicari...boleh dibeli di bahagian Alat Tulis, mana-mana cawangan Jaya Jusco..mesti ada jual...Fancy Paper 125gm...pilih warna cokelat pekat agar kelihatan seperti cokelat betul. Lipat kertas dengan ukuran 3" x 3".
Koyakkan kertas yang telah ditandakan bentuk segiempat untuk dapatkan corak berbiku dan warna kertas yang kena koyak. Bahagian belakang kertas...lekatkan dengan double sided tape.
Ambil bahagain sudut dan gulungkan kertas berkenaan. Dah siap cokelat gulung...mudahkan...hias laaa atas kotak...SELAMAT MENCUBA....sori ekkkk...foto kurang menarik...sebab tangkap gambar waktu malam...kurang cahaya....

PAPER BOX & FELT CRAFT

Foto dibawah ini, adalah pandangan atas kotak...memang sekali dilihat ala-ala kek @ kuih @ cokelat betulkan...kalian cuci laaa mata eekkkkkk.....

PAPER BOX & FELT CRAFT

Idea nak buat kotak kek from paper ini tercipta apabila anak saya yang ke3..Amira minta saya ambil ibu kepada kawan dia untuk kerja dengan saya...menurut Amira...kawan dia nie susah...parents 2-2 tak kerja...hinggakan nak bayar yuran sekolah pun tak de duit...lantas..Amira minta saya tolong bayarkan...Amira cakap...."ibu kasila apa-apa kerja pun tak kisah...asalkan ibu dia ada kerja dan ada duit...kesian dia bu...boleh laaa..."....saya cakap..."ibu nak kasi kerja apa...jika nak buat sulaman reben...ibu dia kena datang belajar laaa..."..."Ibu dia...mana boleh datang...sebab dia ramai adik-adik...boleh laa bu...."...."nanti laaa ibu fikirkan...apa pun..ibu tolong bayarkan yuran sekolah kawan Mia ekkk..."....."terima kasih ibu...Mia sayangggg ibu...sebab tolong kawan Mia...."....hati saya tersentuh dengan semangat Mira untuk tolong kawannya...jenuh saya fikir...bagaimana saya dapat tolong kawan ibu Mira...saya kena cari sesuatu yang lain dari lain dan ada permintaan keatas produk berkenaan...selain mudah untuk ibu kawan Mira lakukan dirumah...haaa...inilah dia...PAPER BOX dan FELT CRAFT...saya jadikan ala-ala Kek gitu...
Diatas ini adalah KOTAK..yang boleh diisi gula-gula didalamnya...bahagian atasnya...saya hias dengan kain felt yang dijadikan ala-ala cokelat gitu...cokelat gulung pula...saya buat dari kertas...maka itulah hasilnya...insya-allah...jika ada tempahan..saya akan sub kepada ibu kawan Mira...semoga apa yang saya lakukan ini akan diberkati Allah swt hendaknya...
Ukuran kotak diatas ialah 4" x 4" dan tinggi kotak 3". Atasnya adalah kain Felt yang dijadikan ala-ala cokelat, mini kek dan biskut. Kotak ini boleh isi gula-gula didalamnya dan juga boleh dijadikan cenderahati kahwin. Coming soon...nantikan kuih tradisi Melayu plak...kuih karipap, kuih koci, serimuka dan lain-lain lagi...laa nie tengah buat kotak ala-ala icing kek...juga dihias dengan kain felt dan bunga reben...siap beli sampai 8 meter lagiiiiiii...sebabnya bebetul nak jadikan kek icing...tunggu eekkkk..segmen cuci mata....hahhahahhahahhaha.......

PAPER BOX

Lagi..my hand made paper box...semua ini adalah permintaan kawan untuk diletakkan di kedainya...mungkin anda juga boleh cuba buat kelainan untuk dijadikan hadiah cenderahati perkahwinan...jika anda berminat nak ketahui cara @ tekniknya boleh masuk topik --> "Paper Box" di Segmen Celoteh Kraftangan, WanitaMelayu.com.

Monday, November 30, 2009

Paper Box

My Handmade Paper Box...ini adalah untuk cenderahati perkahwinan...asyik dengan bunga-bunga sulaman reben...timbul plak idea nak bunga-bunga gak...ini adalah sebahagian paten dari 12 paten paper box yang telah saya rekacipta...mungkin boleh dijadikan idea untuk kalian wujudkan kelainan dengan pemberian cenderahati perkahwinan.