Showing posts with label Ribbon Embroidery. Show all posts
Showing posts with label Ribbon Embroidery. Show all posts

Wednesday, March 25, 2015

SWEET GARLAND YELLOW ROSE

Salam sejahtera pengunjung blog

Ini adalah tempahan customer...saya syorkan lebih baik dijadikan frame gambar...sebaliknya customer minta saya jahit untuk dijadikan sarung kusyen.



Nantikan, hasil-hasil kerjatangan bunga reben saya yang terbaru. Jika ingin ikuti saya, jom follow 
my Instagram Suzana_Mustafa.

Thursday, March 5, 2015

ROSY MAUVE

Inilah warna reben kesukaan saya. Walaupun nampak kusam...tetap menarik pandangan mata. Warna klasik....


PURPLE ROSE

Salam sejahtera pengunjung Blog

Warna reben purple ini memang menarik pandangan...warna lembut dan sejuk mata memandang.




Tuesday, March 3, 2015

CAMELIA ROSE RIBBON

Menggunakan polyester ribbon untuk membuat bunga ros ini. Gabungan dua warna reben telah menaikkan sulaman bunga reben ini.





Monday, March 2, 2015

PEACH ROSE

Warna reben ini yang paling saya suka...memang cantik sangat-sangat...sejuk mata memandang...Ekceli..ini adalah reben baru..beli di Kedai Bunga Reben...Polyester Reben...terlalu lembut dan agak sukar juga nak buat bunga reben...apabila dah siap...nampak menarik sangat-sangat...





Wednesday, July 16, 2014

RIBBON EMBROIDERY CUSHION COVER (4)

Jika anda berminat untuk membeli cushion cover ini, boleh sms ke 014- 3646569 untuk informasi lanjut.




Monday, July 14, 2014

RIBBON EMBROIDERY CUSHION COVER (3)

Teknik membuat Bunga Ros Mawar ada terkandung didalam buku Variasi Seni Sulaman Reben terbitan ALAF 21 Grup Buku Karangkraf.




Jika anda berminat untuk membeli cushion cover ini, boleh sms ke 014- 3646569 untuk informasi lanjut.

RIBBON EMBROIDERY CUSHION COVER (2)

Teknik membuat Bunga Dahlia ini, ada terkandung didalam buku TERBARU Variasi Seni Hiasan Bunga Reben Versi Pengantin terbitan ALAF 21 Grup Buku Karangkraf.




Jika anda berminat untuk membeli cushion cover ini, boleh sms ke 014- 3646569 untuk informasi lanjut.

RIBBON EMBROIDERY CUSHION COVER (1)

Teknik membuat kudup bunga ros kobis ada terkandung didalam buku TERBARU Variasi Seni Hiasan Bunga Reben Versi Pengantin terbitan ALAF 21 Grup Buku Karangkraf.




Jika anda berminat untuk membeli cushion cover ini, boleh sms ke 014- 3646569 untuk informasi lanjut.

Thursday, April 10, 2014

RIBBON EMBROIDERY & RIBBON WORK - CUSHION COVER

Koleksi Sarung Kusyen Ribbon Embroidery and Ribbon Work. 


Sarung Kusyen paten Bunga Ros Mawar



Sarung Kusyen Paten Rolled Rose



Sarung Kusyen Paten Bunga Teratai

Coming Soon...ada lagi....tunggu..pelbagai teknik bunga-bunga baru bakal menyusul. 

Monday, December 30, 2013

JOM BELAJAR SULAMAN REBEN BUNGA POPI

Salam sejahtera pengunjung Blog...dah hampir penghujung tahun...dengan itu juga...dah lama saya tidak kongsi-kongsi tutorial DIY Jahitan Sulaman Reben atau apa jua seni kraftangan...sebagai penutup tahun..saya persembahkan satu tutorial Jahitan Sulaman Reben Bunga Popi...teknik jahitan ini asalnya dipopularkan oleh Ann Fox...beliau buat bentuk bunga ros...tetapi..ini diubah sana sini sikit menjadi bunga popi...

Teknik bunga ini lebih kelihatan condong samada kiri atau kanan atau mendongak keatas. Untuk pandangan tengah memang kurang menarik. Maka pertama sekali..kena lukis bentuk bulat lonjong untuk jahit bahagian tengah bunga.



Guna reben saiz 1 inci. Jahit teknik straight stitch pada sebelah bahagian...apa pun..pastikan arah pandangan bunga...jahit anggaran 5 atau 6 kelopak. Betulkan reben agar nampak gelembung seperti diatas.


Pada sebelah bahagian pula, jahit teknik loop stitch atau teknik jahitan longgar..penuhkan sebelah bahagian.



Jahitan Loop Straight Stitch yang telah siap dari pandangan belakang dan hadapan.


Tambahkan pula teknik jahitan Twisted Straight Stitch iaitu teknik jahitan dengan pusingkan kedudukan reben menjadi bersilang dan cucuk ke kain. Sambil tarik reben kebawah...tarik perlahan untuk dapatkan kedudukan kelopak bunga yang menarik. Jahit teknik itu di bahagian belakang kelopak loop straight stitch...untuk menampakkan kelopak bunga berlapis...jahit keliling hingga habis...


Bunga yang telah siap di jahit.


Bahagian tengah bunga, boleh jahit manik atau teknik jahitan bunga carnation...iaitu menggunakan reben saiz 1/4 inci dan panjang 30 inci..jahit jelujur..bila tarik benang...dia akan kedut menjadi tampok bunga.


Ini lah hasilnya apabila dah siap untuk keseluruhan teknik jahitan...seperti saya katakan...teknik jahitan ini..lebih ke arah pandangan condong dan ini merupakan teknik asas yang mudah...apa yang penting..anda perlu fahami semua teknik jahitan...barulah mudah untuk di jahit. Selamat Mencuba...semoga ilmu ini dimenafaatkan sebaiknya dan mendapat keredhaan serta keberkatan Allah swt...saya izin dan halal kan apa jua perkongsian ilmu ini...insya-allah.

Monday, April 1, 2013

RIBBON EMBROIDERY - ROSE BLOSSOM

Salam Sejahtera pengunjung blog. Sementara ada kelapangan...inilah masanya untuk update blog...lepas nie...bz semula untuk persiapan tempahan produk ramadan. Jika sebelum ini, saya ada tunjukkan komposisi tips dan teknik sulaman reben Bunga Chrysanthemum atau pandangan Sulaman Reben 3D. Hari Ini saya ingin tunjukkan  tips dan teknik komposisi Sulaman Reben Bunga Ros Blossom. Bagaimana untuk menjadikan kedudukan bunga itu arah ke kiri, mendongak keatas dan pandangan arah ke kanan. Teknik inilah yang akan menjadikan sulaman reben bunga anda nampak lebih hidup dan menarik. Ini adalah teknik jahitan asas sahaja, KUASAI JAHITAN ASAS...barulah anda boleh kuasai jahitan pertengahan dan lanjutan...JANGAN AMBIL KISAH sulaman reben orang lain...AMBIL KISAH SULAMAN REBEN ANDA...yang penting anda perbaiki jahitan asas anda, barulah mencuba teknik lain. Saya cuba sampaikan ilmu sedaya boleh...selagi saya mampu sumbang ilmu dengan ikhlas...saya cuba sampaikan dengan kaedah agar semua orang mudah faham...insya-allah..inilah yang saya mampu sampaikan...

 Sulaman Reben Bunga Ros Blossom.
 
 Lukis bulatan lonjong tiga. Kedudukan bulatan ini, boleh ikut suka anda. Kiri, tengah dan kanan atau atas dan bawah.
 Jahit teknik jahitan 'French Knot' dengan menggunakan reben saiz 1/4 inci. Sulam sehingga menutup bulatan.

 
 Guna reben saiz 1 inci. Gunakan tapak kertas bulat yang menutup reben sebagai pelan untuk anda lukis separuh bulatan. Lukis separuh bulatan sebanyak 19 dan inilah kelopak bunga ros. Jika anda tiada pelan itu, tandakan 3 inci untuk setiap bulatan kelopak bunga.

  Jahit jelujur pada bahagian yang bertanda bulat.

 Jahit jelujur sehingga habis. Pastikan jangan tarik benang terlalu ketat. Matikan benang dan bakar bahagian hujung kiri dan kanan reben. Ini untuk mudahkan jahitan.

 
 Susun 5 bahagian kelopak reben dan jahit keliling dekat dengan bahagian tengah bunga. Lapisan kedua, susun 7 kelopak dan jahit pada kain. Pastikan jahit dekat pada lapisan pertama. Lapisan ketiga, susun 7 kelopak bunga dan jahit pada kain. Lakukan teknik jahitan yang sama.

 
 Bahagian pertama yang telah siap. Ada tiga tingkat lapisan kelopak bunga iaitu 5, 7 dan 7.
 
 Ini adalah teknik untuk menjadikan kedudukan atau kompisi bunga kelihatan condong. Gunakan reben saiz 1 inci yang lain dan tandakan 6 kelopak. Jahit jelujur seperti teknik yang pertama. Setelah siap, letakkan dibahagian lapisan bawah kelopak bunga dan jahit pada kain. Jahit dekat pada bunga. Setelah siap, ini bermakna ada 4 lapisan kelopak bunga pada bahagian bawah bunga dari pandangan hadapan.
 Ambil satu lagi reben saiz 1 inci dan tandakan 5 kelopak bunga. Lakukan teknik jahitan yang sama seperti diatas. Secara keseluruhannya lapisan kelopak bunga ini dari pandangan atas ada 3 lapisan. Dari pandangan bawah hadapan ada 5 lapisan kelopak bunga.

Inilah pandangan belakang jahitan.


 Inilah bunga ros blossom yang telah siap. Perhatikan dengan teliti lapisan kelopak bunga. Teknik jahitan komposisi bunga, perlu kurangkan lapisan kelopak dari bahagian atas. Lebihkan lapisan kelopak dari bahagian bawah. Barulah bunga anda kelihatan lebih menyerlah dan menarik pandangan. Saya benar-benar berharap, penjelasan saya jelas dan mudah faham...Insya-allah...semoga ilmu ini mendapat keberkatan Allah swt. Kongsi-kongsi dan hebah-hebah ilmu ini kepada kawan-kawan anda. Selamat mencuba !