Showing posts with label Frames. Show all posts
Showing posts with label Frames. Show all posts
Monday, August 24, 2009
Deco Craft (Part 2) - Frame Sulaman Reben
Asalnya nak sambung minggu lepas...disebabkan demam, selsema dan batuk melanda diri...makanya saya tak dapat nak mengadap pc...okey..saya sambung semula teknik buat Frame Sulaman Reben ini...
Pilih reben 1/2 inci dengan 2 tone colour yang satu gelap dan satu terang. Gunting reben panjang 15 inci dan buat teknik Folded Rose. Jika boleh, buat 3 gelap dan 4 terang..maka jumlah semuanya ialah 7 folded rose.
Tebuk kertas congurated paper dan masukkan folded rose berkenaan. Jika kuatir ianya tertanggal, anda boleh gunakan Gun Glue untuk lekatkan Bunga Reben berkenaan.
Gunakan pelapik kabus untuk jahit daun. Lapik kad diatasnya dan lakukan teknik jahitan Ribbon Stitch.
Untuk bunga kecil-kecil bahagian renda @ atas pasu, lakukan teknik jahitan 'Running Stitch Rose'. Guna reben saiz 1/4".
Akhir sekali...lekatkan congurated paper yang telah siap dijahit pada frame yang TIDAK bercermin. Ekceli...bingkai gambar berkenaan adalah bingkai terbuang dari ofis lama...melambak dibuangnya...maka saya ambil dan ubah suai menjadi bingkai sulaman reben. Apa pun...jika anda hendak bercermin...boleh juga...terpulang pada citarasa anda sendiri...Okey...SELAMAT MENCUBA ! dan diharapkan hiasan rumah bertambah ceria....
Thursday, August 20, 2009
Deco Craft (Part 2) - Frame Sulaman Reben
Friday, April 10, 2009
Frame Letak Cincin
Frame ini adalah tempat gantung Cincin. Ianya amat sesuai untuk mereka yang memikirkan bekas letak cincin. Mungkin boleh ubah style selain dari bekas berkotak. Almaklum...tidak lama lagi adalah musim perkahwinan.
Jahit Sulaman Reben diatas kain dengan ukuran 9in x 12in.
Ukuran Frame ialah 8inci x 10 inci.
Gunakan spounge ketebalan 12mm dan gunting ikut saiz frame. Lekatkan dengan Hot Glue.
Letakkan Hot Glue pada spounge untuk lekatkan kain yang telah siap sulaman reben diatasnya. Tarik tegang kain.
Masukkan reben bercorak pada bahagian bertangkai. Reben ini untuk ikat cincin. Anggaran panjang reben 12 inci. Setelah siap. Masukkan pada frame gambar. Kemaskan belakang Frame dengan masking tape saiz 2 inci warna hitam.
Saturday, March 28, 2009
FRAMES FOR VIP
Semua koleksi-koleksi bingkai gambar sulaman reben ini adalah jualan tahun '07-'08 dan ianya masih lagi mendapat tempahan hingga kini. Frame dibawah ini pula adalah untuk Cenderahati Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Ianya ditempah oleh Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) pada Nov 2007. Sebenarnya bukan senang untuk saya reka design @ teknik jahitan...sebab banyak sangat kriteria yang boleh dan tidak boleh dikenakan. Comittee mereka terdiri dari Datin-Datin dan mereka lah yang tetapkan syarat-syaratnya. Saya gunakan pasu separuh yang dibeli di Mid Valley dengan harga RM350.00...Pasu berkenaan ada 24 karat emas yang di salut pada daun kering dan ditampal di pasu. Pemilihan warna reben pula...bukan saya yang pilih...sebaliknya Comittee dan ianya juga merujuk kepada warna kegemaran Tuanku dan begitu juga dengan pemilihan bunga Sulaman Reben. Tuanku minat Orkid...maka mesti ada bunga orkid...Bingkai gambarnya pula jenis kayu ukir tebal...maaf tak de foto nak tunjuk...sebab sewaktu siap frame...saya dah terus hantar ke YADIM...tak sempat nak shoot.
Frame dibawah ini pula ialah untuk Datin Jane Abdullah. Mengikut Comittee...Datin sukakan yang simple dan jangan terlalu padat sangat...warna reben juga dipilih oleh Comittee...saya gunakan pasu separuh yang ditempah dan dibeli di Mid Valley.
Frame dibawah ini pula untuk Datin Rosmah. Committee kata...Datin Rosmah suka Rose Pink...maka saya kena gunakan reben warna pink...ekceli...untuk jahit semua sulaman reben yang telah siap lekat pasu...bukan senang...payah sangat untuk saya jahit...tak boleh guna RAM...maka saya kena jahit berhati-hati....
Sewaktu saya hantar ke YADIM...saya memang suspen sangat...jika ianya TIDAK berkenan pada mata Committee...saya hantar pada pukul 11.30...pukul 2 ptg...saya dipanggil ke YADIM...masa tu...saya dah suspen sangat...alhamdulillah...semua comittee berkenan dengan hasil jahitan saya dan mereka benar-benar puas hati kerana saya dapat ikut kriteria yang mereka tetapkan...
3D FRAME RIBBON EMBROIDERY
Ini adalah 3D Sulaman Reben. Saya jahit diatas kertas Wall Paper yang dibeli di Kedai ACE Hardware di MidValley Ting. 2. Semua teknik jahitan adalah teknik jahitan French Knot dan Colonial Knot. Saya hadiahkan kepada Kak Yati...seorang ahli aktif di WMC. Suka sekali beliau menerimanya....
KOLEKSI FRAME RIBBON EMBROIDERY
Ini adalah Koleksi Sulaman Reben Bingkai Gambar. Bunga-bunga reben itu adalah 'Folded Rose' dan daun-daun dijahit di atas Kad. Saya gunakan set jarum Chinelle untuk jahit diatas 'Congurated Paper'. Manakala ala-ala Pasu pula saya guna rantai manik dan para saya gunakan renda ukuran 1 inci. Bingkai gambar ini adalah tempahan seorang peniaga dari Australia...beliau beli 150 sets dengan harga USD35.00
Thursday, March 12, 2009
Ribbon Embroidery Borders
Kepada mereka yang register sebagai Student Online Art of Needlework...pastinya dah dapat Free Pack Borders for the month of February. Maka saya jahit teknik borders...untuk berikan lebih idea kepada kepada student saya...ini adalah sebahagian borders yang sempat saya jahit..insya-allah ada lagi yang akan menyusul...
Bunga ros dibawah inilah yang paling saya suka...saya kedutkan kelopak bunga agar nampak seolah kelopak bunga ros betul...alhamdulillah senang bentuk..almaklum...wired ribbon kan...hehehehhe.....
Subscribe to:
Posts (Atom)