Showing posts with label Cards. Show all posts
Showing posts with label Cards. Show all posts

Monday, November 30, 2009

My Handmade Card

Makluman kepada 10 Ten Members ~ saya dah poskan cederahati kepada kalian...KECUALI dua orang lagi yang belum email kepada saya nama penuh dan alamat. Saya harap...anda semua sudah terima. Stori kali ini...ialah "My Handmade Card"...ekceli...ini hobi sejak dedulu lagi...sejak di bangku sekolah lagi...cakap aje pasai kertas...memang minat sangat-sangat...apabila aktif dengan sulaman reben...hobi ini hampir terkubur...oleh sebab banyak sangat menyulam...tangan sakit...masa untuk rehatkan tangan...apa lagi...saya pun wujudkan kembali hobi yang sudah lama tenggelam...kalian cuci mata laaa ekkk...ekceli...kad-kad ini belum tahap amatur pun....hehehehhehe...

Tuesday, March 13, 2007

My Lovely Rose Cards

Kad ini adalah tempahan orang untuk dijadikan Wedding Card. Didalamnya ditampal dengan intisari jemputan kenduri kahwin. Apabila dia tempah 500 keping, saya dapat rasakan kehalusan lubuk sanubarinya yang dapat menilai sesuatu hasil kerjatangan seseorang. Anggapan saya, mesti ada mesej yang cuba si pengantin sampaikan melalui setangkai rose. Inilah hasil yang amat bermakna sekali pada diri saya...sewaktu saya jahit kad-kad itu, tersimpul alkisah yang amat mengecewakan dan mengguris hati saya. Walaupun ada duka, ceria adalah hasilnya. Sukar untuk saya sampaikan dengan kata-kata hatta penulisan....cukup laa sekadar saya sampaikan dengan senijahitan tangan ini. Saya leka bermain dengan warna-warna kad dan riben yang colourful ini, saya leka jahit bunga yang sama dan saya merasa gembira apabila kad ini terhasil...Masalah dan duka dalam diri bersulam bersama kad.

Handmade Ribbon Cards

Jahitan Sulam Riben atas kad ini adalah percubaan pertama saya. Malas jahit atas kain, maka saya mencuba jahit terus atas kad. Sukar juga hendak jahit..perlu berhati-hati dan pemilihan saiz riben harus tepat untuk elakkan kertas terkoyak. Kad-kad ini adalah untuk Aktiviti Exchange Kelab Sulam Riben, Wanita Melayu.com.

Wednesday, February 28, 2007

My Handmade Cards (2)

Ini pula kad raya tahun 2005...teknik Tea-Bag Folding @ origami...seronok sangat buat kerja lipat melipat niee...hehehehe...sanggup tak keluar lunch...kad-kad ini dah siap, saya berikan kepada kawan-kawan internet, kawan ofis dan my ex-college...

My Handmade Cards

Ini semua my handmade cards....memang suka sangat-sangat buat card...saya ada pelbagai jenis gunting, pelbagai jenis fancy cards dan macam-macam lagi untuk saya buat card...peliknya bila dah buat...tak tau nak buat apa...at last...berikan pada kawan-kawan internet sebagai kad hari raya, birthday card atau apa-apa saja... Card diatas adalah kad hari raya untuk tahun 2006. Seronok kawan-kawan forum menerimanya...masing-masing saya berikan baju raya...hehehehe...masa saya siapkan anak sulong Nisa kata cantik...dia ambil satu untuk berikan kepada Cikgu dan kawan baiknya. Kawan baik dia...tunjuk kepada ibunya....lantas...ibu kawannya menempah dengan saya 30 pieces....lucu sekali...sebab hubby dok komplen kata macam Wedding Card @ Krismas Card.... Saya jual dengan harga RM3.50 sekeping....hasil duit jualan saya berikan pada Nisa....saya katakan..."Nisa kena belajar berniaga dari kecil..macam mana susah ibu dan ayah cari duit...begitu juga untuk Nisa tahu...Ibu hendak Nisa belajar bagaimana manage duit dan bagaimana simpan duit dengan usaha sendiri...ibu hanya guide Nisa..." Nisa kata..."Iya laa bu...seronok Nisa..bila jual kad tu...kawan-kawan Nisa suka...Nisa pun suka sebab dapat duit...tabung pun boleh penuh..."