Monday, February 20, 2012

RIBBON EMBROIDERY DAILY PLANNER

Nota Diari Sulaman Reben Bunga Kekwa ini, saya jahit untuk hadiah kepada seseorang. Agak jenuh juga memikirkan paten yang sesuai...akhirnya dapatlah idea untuk saya buat Daily Planner yang sesuai untuk si penerima...Lebih menarik...jika diletakkan atas meja @ sangkut di dinding.
Sekeping reben merentang untuk sangkut pen dan buku nota.
Teknik Jahitan Sulaman Reben Bunga Kekwa ini menggunakan reben saiz 2 inci. Gunting sekeping-sekeping dan jahit cantum diantara satu sama lain. Teknik jahitan bunga ini adalah salah satu isi kandungan buku yang ke 4 (akan datang --> Insya-Allah). Agak sukar juga untuk jahit...terutama untuk kedudukan bunga condong...pada percubaan pertama..ianya TIDAK menjadi...INI adalah percubaan kedua...alhamdulillah..akhirnya saya dapat tips bagaimana nak jahitnya.... Amat sesuai untuk dijadikan hadiah kepada Boss anda...jika berminat untuk menempah, boleh email ke zsi_trading@yahoo.com.

6 comments:

ummu said...

salam
cantiknya...

Diari Ann said...

Ummu,

Terima kasih

Nadiah zahari said...

salam. nak tanya la . ada pattern ni je ker? brp ye harga ?

Diari Ann said...

Nadiah,

Ada paten lain lagi ATAU jika nak tempah, boleh request pattern pilihan..

Nadiah zahari said...

owh. brp ye akk ?

Diari Ann said...

Nadiah,

Harga Daily Planner diantara RM65 - RM85..tertakluk kepada paten sulaman dan bahan. Jika berminat nak tempah, boleh email ke zsi_trading@yahoo.com