Wednesday, February 22, 2012

RIBBON EMBROIDERY DAILY PLANNER

Sulaman Reben Daily Planner Bunga Matahari. Teknik ini juga adalah salah satu teknik yang akan terkandung didalam buku yang ke 4 (dalam proses menyiapkan manuskrip). Amat mudah sekali teknik ini...menggunakan reben 1 inci dan panjang reben 36" dan TIDAK perlu gunting sekeping-sekeping...hanya lipat-lipat sehingga pusing keliling. Papan notis ini anda boleh gantung mesej mengikut hari. Tulis aktiviti anda pada sekeping kertas dan sepitkan pada penyepit mengikut hari.
Penyepit ini ada jual di Kedai Alat Tulis. Saya ikat benang pada butang yang telah dijahit pada kain kiri dan kanan, susun gantung penyepit ikut hari.
Untuk susun lipat bunga... senang...masalah besar...bila nak jahit pada kain...terutama sekali..apabila nak condongkan bunga..adoiiii...masalaahhhh betullll...agak jenuh untuk memikirkan bagaimana tekniknya...
Anda boleh gantung di dinding ATAU letakkan diatas stand untuk letak di sudut meja anda...mesti nampak menarik...tapiiiii lebih menarik jika saya kasi freee kannnn ????.... secara kebetulan...ini...saja suka jahit...bukan untuk sesiapa pun...sebab...bila idea dah mai..terus ambik reben..terus buat...sebab tak nak hilang idea tu...Bila tanya pada anak..."cantik tak "...jawab anak..."nampak simple..tak menarik...kalo ibu tak nak..kasi Nisa..nak letak dalam kelas..boleh jadikan jadual tugas..."....komen dia nampak simple..memang betul...mungkin sebab ruang sulam terhad dan bunga besar...maka saya tidak ada ruang untuk jahit bunga-bunga kecil yang lain sebagai menambah hiasan...walaupun dia komen...nak plak cantikkan kelas dia...hahhahahahahha.....jika letak di kelas dia...gerenti esoknya hilang....cukup entri saya kali ini...tunggu lagi 2 minggu saya akan online eeekkk...sebab nak terbang ke laut sana....hehhehehehe....

6 comments:

aneem said...

cantiknya z sabar nak buat and x sabar nak tunggu buku baru keluar.......

Lien said...

Bunganya cute daun yang menarik. Teknik daunnya tu ada tunjuk dalam buku ni ke?

Diari Ann said...

Aneem & Lien,

Teknik bunga berkenaan akan ditunjukkan dalam buku yang ke 4. Kini buku berkenaan dalam proses untuk siapkan manuskrip...insya-allah tahun 2013 akan terbit.

CREATIVE MIND said...

MashaAllah its wonderful..very nice!

afida ariffin said...

jari-jemari yg di ciptakan oleh ALLAH SWT..

Ruzana Ibs said...

MasyaaAllah!Cantiknya..
Speechless.