Saturday, January 4, 2014

BUNGA HIBISCUS ROSE

Posting hari ini pula, Bunga Hibiscus Rose, juga bunga baru untuk tahun 2014. Alhamdulillah...kreativiti anugerah Allah swt..agar sukar juga nak bentuk kelopak bunga ini..sebab tekstur reben yang nipis...

 Satin polyester reben saiz 3"...reben ini saya beli sewaktu ke Kota Kinabalu...3 tahun lepas...agak lama...baru kini baru nak buat bunga reben menggunakan reben ini. Tekturs reben ini nipis dan sukar juga utk dibentukkan.

 Satin Polyester reben warna merah ini, saya beli di Bestmark Trading di Saujana Prima Kajang pada tahun 2012...beli nyer dah lama...baru kini dapat buat bunga..masa beli tak de idea..

 Untuk bentuk kelopak bunga ini, saya gum dua keping dan saya pintal macam nak perah kain untuk bentukkan kelopak bunga. Oleh sebab gum dan pintalan pada reben itulah yang membentuk ira kelopak bunga.

 Inilah bunga yang telah siap.

 Sebelum jahit pada kain, saya susun dulu kedudukan bunga.

 Apabila bunga dah  jahit pada kain, saya jahit tangkai dan daun.




Itulah keseluruhan paten sulaman reben dan bunga reben...ukuran 16" x 16" untuk di framekan dan itu adalah tempahan kastemer...

6 comments:

Ummi Alia said...

alah bisa tegal biasa...kak su mmg hebatlah..karya kak su mmg memukau.i luv it...

Diari Ann said...

Ummi Alia,
kreativiti itu anugerah Allah swt..bersyukur ke atas NYA..Alhamdulillah...

Azreen Afiza said...

Cantik...sangat cantik sekali.

ilashah said...

Cantik-cantik bunga yang akak buat. Insyaallah ade rezeki saya ikut kelas buat bunga dari akk. btw..memang cantik :)

Nika Farida Ida said...

cantiknya...bunga calla lily itu, bagaimana cara buatnya, boleh bagi ilmunya ya?

Amy Angel said...

Alah alah so beautiful dear I love it with my love from Iraq