Monday, August 27, 2012

BEKAS KUIH 2012

Salam Aidilfitri dan Salam Kemaafan Dari Saya. Agak lama juga tidak kemaskini blog ini...memang amat-amat sibuk sangat sejak sebulan sebelum ramadan, bulan ramadan dan bulan syawal ini jua. Hari Raya tahun ini, saya menerima tempahan bekas kuih kaca sulaman reben sebanyak 120 set. Satu set ada 4 bekas balang kaca dan setiap satu penutup bekas kuih perlu sulaman reben 6 kuntum kudup ros...saya perlu siapkan sebanyak 2880 kuntum kudup ros...ini perlu disiapkan dalam masa sebulan...yang menolong saya untuk siapkan dua orang..sampai lenguh tangan memasing untuk siapkan...








Sulaman Reben Bekas Kuih tahun 2012,  reben polka dot...almaklum...tahun ni..banyak sangat yang suka polka dot...Saya ingin memohon maaf kerana terpaksa menolak beberapa tempahan individu yang ingin menempah bekas kuih sulaman reben...walaupun ada yang hendak lepas raya...tetapi saya tidak sanggup nak buat...perlu rehat secukupnya lepas raya...sebab lepas nie...tempahan mini bag sebanyak 1000 pcs...

No comments: