Monday, January 30, 2012

SET CADAR SULAMAN REBEN

Lagi alkisah cadar....Ribbon Embroidery Bedsheet Cover ini adalah tempahan Pn Rafikah Redzuan untuk set bilik tidur pengantin puteri beliau iaitu Mutiara Mazlan. Set cadar ini untuk Bilik Pengantin Utama dan saiz cadar adalah Double King....besar sangat...memang sakit satu badan nak jahit...bukan saya saja..bahkan pembantu saya Noraiza pun sama...sakit satu badan...almaklum...comforter besar dan berat...agak sukar juga bila nak jahit quilting dan cantum cadar...ekceli...ada kisah sadis tentang cadar ini...nak stori pun malas plak nak taip... Bunga-bunga sulaman ini saya letak manik kristal di tampoknya untuk menyerlahkan set cadar ini...MAAF JIKA IMEJ GAMBAR kurang memuaskan pandangan...sebabnya katil ini terlalu besar...amat sukar untuk saya mendapatkan shoot yang menarik..tambahan pula, kamera saya bukan jenis Hi-Tech. Perhatikan foto diatas...bantal kepala diletakkan fiber dan di quilt untuk nampak lebih menarik. Ada yang kata...sayangnyaaaa nak tidur...ekceli tiada masalah nak tidur...perhatikan foto diatas...sulaman reben hanya di sulam pada alas atas sahaja atau di comforter...manakala cadar bawahnya tidak ada sulaman reben...maka tidak ada masalah untuk tidur...malah akan nyenyak tidur sebab cadar diletakkan fiber dan di quilt...anda akan merasa keempokkan tempat tidur anda...renda pula..saya gunakan English Lace...agar cadar ini nampak lebih menarik... Secara totalnya...pasti anda akan puas hati dengan cadar ini...100% handmade dan eklusifnya...paten sulaman reben itu adalah HAK MILIK anda...tidak akan dibuat pada set cadar yang lain...ertinya TIDAK akan boria laaa set cadar ini...selain kualiti kain dan reben yang digunakan...Jika ada sesiapa yang berminat nak tempah boleh email ke zsi_trading@yahoo.com...nantikan set cadar saiz queen pula...

3 comments:

faizal said...

akak aper c er pasal cadar nie seram plak den nak dgr...hehehheheh

Mariette said...

Selamat pagi,

Saya dari blog Johanna, Jerman...
Aduh, disini yang bunga bordir bagus sekali! Suka yang bunga rose, itu favorite saya, selalu.
Tahu sedikit Bahasa Indonesia, sudah lama kami tingal dan bekerja disana; lupa banyak.
Tetapi senang sekali lihat satu blogger dari Malaysia dengan bunga ribbon bagus sekali.
Salim dari Amerika Serikat,

Mariette

Diari Ann said...

Hi Mariette,

Salam perkenalan dari saya..terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya ini.