Saturday, May 15, 2010

Diari Ann Kembali Lagi

Lama juga saya tidak kemaskini info alkisah Diari Ann. Sejak kebelakangan ini, saya memang sibuk...sibuk dengan urusan kedai baru, sibuk dengan urusan WanitaMelayu.com dan sibuk dengan tempahan pakaian pengantin sulaman reben. Okey...ramai yang tanya bila buku baru nak keluar...kelewatan ini adalah disebabkan kesilapan designer yang salah letak foto. Alkisahnya....foto untuk buku sulaman (2) diletakkan di Buku Sulaman (3) dan semuanya menjadi kelam kabut susunan dan layout foto sulaman. Banyak kerja rombakan terpaksa dilakukan...semuanya makan masa...ditambah pula faktor masa saya yang terhad untuk lakukan editing...bengang memang bengang...apa pun terpaksa teruskan...sebab dah register di PNM nama designer dan pencetak buku. Sorry laa ekkk...lewat keluarkan buku....Pasti ramai yang ingin ketahui perkembangan aktiviti terkini saya...alhamdulillah...saya telah pun buka cawangan kedua kedai di;
  • No. 79, Lot 11, Lorong Tunku Abdul Rahman 3, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Kedai berdekatan dengan Home Deco SSF, jika anda keluar aje dari pintu SSF, pandang sebelah kanan, nampak kedai Foto KINA, maka kedai saya disebelah nyer aje. Masih baru...banyak barang masih belum digantung...almaklum penyewa lama masih belum keluarkan barang-barangnya maka agar sukar untuk saya meletakkan barang-barang saya....apa pun...alhamdulillah...walaupun baru...dapat sambutan juga khusus untuk produk Sulaman Reben...terutama wall hanging dan kusyen...jika anda free mai le ke kedai saya ekkk....leh kasi diskaun...hehehhehhe....Selain dari pembukaan kedai tersebut....saya juga telah buka cawangan ketiga Syarikat iaitu di China...Alhamdulillah....Syarikat tersebut adalah usahasama dengan Adila Suriani Abd Malek dan tujuan pembukaan syarikat ini adalah untuk menguruskan urusan perniagaan Peniaga Borong WanitaMelayu.com....setakat ini ada 3 orang pekerja yang bekerja disana iaitu 2 staff dari China dan seorang pekerja Lelaki dari Malaysia....kami juga dalam proses untuk mewujudkan Plaza Borong WanitaMelayu...lokasi sudah dikenal pasti...cewahhhh...macam pencarian detektif plak...hehhehehe....sambutan dari beberapa peniaga WMDC juga amat menggalakkan....insya-allah....dan doakan semuanya ini berjalan dengan sukses...

5 comments:

rina said...

tahniah pn ann..

euphoria said...

wow! Tahniah PnAnn!

peace said...

tahniah tahniah. semoga terus prosper

Kak Ina said...

sentiasa mendoakan kejayaan pn ann

~Pn Ann~ said...

rina, euphoria, peace dan Kak Ina,

Terima kasih...tanpa sokongan anda semua mungkin tidak akan berjaya melaksanakannya...