Wall hanging ini ukuran diameter ialah 12 inci x 12 inci. Ini bermakna anda gunakan ram saiz 12 inci. Anda boleh ubah saiznya ikut suka merujuk kepada saiz ram yang digunakan.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah : dua keping chipboard yang digunting bulat ikut ukuran saiz ram, spounge 12 mm dua keping yang digunting bulat ikut saiz ram. Kain, tali tussels ikat langsir (ada jual di Kamdar & Tee Wah - pilih saiz mini) dan perkataan yang diprint dari computer. Pilih font sendiri dan tekap dengan tracing paper dan lukis pada kain.
Tekap perkataan dengan tracing paper dan tekap semula pada kain. Gunakan benang sulaman DMC Pearl Cotton No. 5 untuk jahit perkataan. Opsyen ~ Anda boleh jahit perkataan berkenaan dengan mesin sulam jika suka...pastikan saiz font besar.
Kain yang dah siap disulam reben dan digunting bulat. Letak kain dibawah, spounge dan chipboard (rujuk foto diatas). Jahit jelujur keliling kain. Lakukan teknik yang sama untuk dua keping. Ini adalah untuk bahagian depan (sulaman reben) dan belakang.
Dua keping yang dah siap. Cantumkan dua keping dengan jahitan jelujur tersembunyi. Akhir sekali, jahit tussels kelilingnya. Bahagian bawah tussels...anda boleh hiaskan dengan bunga reben kecil-kecil sebagai penambah seri.
Wall hanging yang dah siap. Paten sulaman bahagian depan, terpulang pada anda...mungkin juga boleh buat sulaman no. untuk dijadikan Jam Dinding. Anda boleh hantar ke kedai jam untuk dipasangkan motor jarum jam. Kosnya ialah RM30 untuk pasang sekali dengan bateri. Okey...SELAMAT MENCUBA ! Cantikkan rumah anda dan teruskan Deco Bersama Suzana....hahahahahhahhaa.....Nantikan Deco Part II....
18 comments:
cantiknya pn.ann....! nanti nak cuba buat camni juga...
cantiknyerr ... nk cuba jugak ..Insy.
Salam Pn Ann,
Sangat cantik dan kemas kerja tgn puan nie. Nak tanya satu soklan.
Saya nie tak pernah guna tracing paper. Jadi saya tak berapa faham istilah yg puan maksudkan
"Tekap perkataan dengan tracing paper dan tekap semula pada kain."
Macam mana nak aplikasi kan langkah tersebut.
Sekian,
Pelajar buntu
cantik!! PnAnn bole tak saya copy tutorial ini..
wuyoooo.. cantekk la pnAnn..
cuti ni nak try buat ;aaa
sheik.. hehehe.. saya slalu copy tutorial pnAnn nih.. sbb ia 1 inspirasi ..
Wafa,
kertas tracing ni banyak dijual di kedai alat tulis...atau biasa digunakan untuk lapik pada bekas kek. Apabila anda kena lukis huruf pada tracing paper dulu...barulah anda tekap pada kain dan lukis semula huruf berkenaan diatas kain...maka karbon pencil itu akan melekat pada kain.
Sheik,
yes...semua tutorial dalam blog ini...boleh di copy untuk koleksi sendiri.
deleila,
buat jangan tak buat...nantikan Deco kedua....hahahahhaha....
Salam PnAnn, terima kasih! bahan2 semua dah ada.. nanti saya cuba buat... IREN
Tahniah...Pn Ann! Tersangat la seni dan pemurah orangnye (kerana berkongsi ilmu dgn kami). Semoga ilmu yg Pn turunkan dirahmati Allah...insyaallah! Saya nak cdgkan Pn Ann jual pulak kit membuatnye! Mesti laku dan saya salah sorang yg akan membelinye!!
Iren,
cuba jangan tak cuba..dah cuba boleh paparkan ekkk...
sfaridah,
TQ...insya-allah...saya akan buat kit...untuk teknik jahitan Bunga tu...
Salam Pn. Ann,
Puan sungguh berbakat. Terima kasih kerana berkongsi ilmu dengan kami semua di sini.
menarik!
saya baru nak memahirkan dengan sulaman riben ni. memang zero knowledge, terima kasih pnann untuk ilmunya!
Assalamualaikum... bestnyer pn Ann share tutorial kat kami yg baru nk belajar nih.. thank you pn Ann.. :)
cantik sangat.pn.an guna kain apa ya.sebarang kain boleh ke utk sulam ni.tq
Tersangat la kreatif!nk juge!
cantiknyer pn ann:).pn.ann ada buat bengkel kt swak x?
Post a Comment