Saturday, March 28, 2009

Rosette Blossom

Sulaman Reben yang disiapkan pada hari Rabu yang baru lalu...pukul 1.30 pagi dapat idea macam mana nak jahit teknik bunga diatas. Teknik jahitan ini saya ada masukkan dalam Buku "Sulaman Reben (2)" dan saya namakan "Jahitan Rosette Blossom" kerana gabungan dari dua teknik jahitan. Foto dibawah ini ialah teknik asal jahitan yang bermula dengan Rosette Rose, Folded Rose & Blossom dan teknik bunga Blossom. Sulaman Reben dibawah ini, ada 3 teknik jahitan yang berbeza. Dari situ, saya cuba gabungkan menjadi satu dan telah lakukan beberapa kali percubaan untuk dapatkan formula atau ukuran reben yang lebih menarik lagi. Maka hasilnya adalah teknik Rosette Blossom seperti foto diatas.

No comments: