Monday, March 2, 2009

11/3/09 ~ PEKAN, PAHANG

Minggu lepas pada 23/2/09, saya menerima phone call dari Utusan Publications yang menyampaikan jemputan untuk saya berada di Perkarangan Istana Pekan Pahang pada 11/3/09. Sebenarnya pada 9-11 Mac 2009, Kementerian Pembangunan Luar Bandar menyambut ulangtahun yang ke 50 tahun dan sambutan itu diadakan di perkarangan Istana Pekan Pahang. Oleh sebab ada campurtangan pihak istana...maka mereka inginkan programme yang berbeza...mereka minta saya hadir pada 11/3/09 untuk adakan demo tentang jahitan Sulaman Reben. Pada hari itu, ramai tetamu VIP dijemput hadir dan inilah peluang yang terbuka luas untuk saya promosikan produk Sulaman Reben saya di kalangan tetamu jemputan VIP. Semua urusan penginapan, makan dan minum...semuanya sudah diuruskan...saya hanya perlu menghadirkan diri untuk lakukan demo jahitan aje...apa pun...insya-allah saya akan hadir....

1 comment:

ekhalidah said...

TAHNIAH PnAnn ...
moga bertambah maju jaya