Sunday, February 15, 2009

ZIARAH SAHABAT DI JB

Pada 12 February '09, saya menerima sms dari suami sahabat saya iaitu Idafaridah (Pengendali WMC) yang beliau admitted di ICU, Johor Specialist Hospital kerana serangan mild stroke. Esoknya, saya call HP Ida, suaminya yang menjawab dan menyatakan kondisinya agak kritis kerana Ida ada High Blood, Mild Stroke dan sedikit Blood Clot di kepala sebelah kanan. Lantas...saya ceritakan kepada suami tentang Ida...lantas suami pun berkata..."nak ziarah dia ker ?"..."entah laa...jika you tak kisah drive...I don't mind"....suami.."oke lawat dia...lagi pun boleh ambil barang yang order dengan Ajib..." Ajib ialah adik lelaki saya yang no. 5. Suami ada order 50 Movie CD dengannya...ditempah sejak tahun lepas lagi...dari sehari ke sehari nak ke JB tertangguh...akhirnya...bagaikan pucuk dicita ulam mendatang...ada kesempatan laaa saya nak ke JB....Kami bertolak ke JB selepas solat Jumaat...sampai di JB sudah waktu maghrib...tidak sempat ziarah Ida...tambahan pula..kami terus ke tempat adik...Adik tinggal di Bandar Sri Alam, Skudai Johor...sejak berkahwin...hingga kini adik terus menetap disana. Saya kesana...suka menyelam sambil minum air...tidak akan lepaskan peluang yang ada...sempat menuntut ilmu dengan adik ipar yang pandai jahit kusyen bentuk bunga cengkih, tikar dan bunga nenas...inilah dia kusyen bentuk tikar yang sempat disiapkan esok pagi nya... Anugerah Allah swt...saya jenis cepat 'pick-up' apa yang diajar...samada berguru atau rujukan buku...tidak kira buku apa...malahan saya banyak buku-buku jahitan & craft bahasa Jepun & Cina..walaupun tidak faham bahasanya...tetapi saya usaha gunakan terjemahan bahasa internet untuk fahamkan penerangannya...selain guna khidmat kawan Cina untuk terjemahkan... Sabtu, 14 Februari 2009 pukul 11.30 pagi...saya melawat idafaridah di Johor Specialist...sewaktu saya melawat, beliau baru keluar dari ICU... Keadaan beliau agak lemah sikit...jari-jari tangan kiri tidak boleh genggam (tidak berfungsi) dan begitu juga kaki kirinya yang agak sukar untuk digerakkan. Mata dan tulang pipi sebelah kanan menurun sedikit, hingga menyukarkan beliau untuk bertutur dengan jelas. Bila berbual, nampak perubahan ketara bibirnya senget sedikit dari keadaaan beliau sebelumnya. Kandungan, 50/50....'kemungkinan' terpaksa dicuci untuk memudahkan beliau mendapat rawatan lanjut...apa pun, belum pasti lagi..sehingga mendapat keputusan dari Dr pakar.. memandangkan Dr pakar tidak ada ketika itu. Apa pun...kita doakan...beliau dan baby selamat. Marilah kita semua berdoa untuk Faridah bt Ithnin agar penyakitnya cepat sembuh; "Alloohumma robban naasi, adzhibil baksa. Isyfi antasy syaafii, laa syifaa-a illaa syifaa-uk. Syifaa-an laa yughoodiru saqomaa" Ertinya ; "YA Allah, Tuhan manusia, lenyapkanlah penyakit itu. Sembuhkanlah, Engkau jualah Tuhan yang menyembuhkan penyakit, yang tiada kesembuhan melainkan kesembuhanmu. Dengan kesembuhan yang tiada ditembus penyakit lagi." Semoga Idafaridah cepat sembuh dan kuatkan semangat untuk melawan segala penyakit.

4 comments:

Salmi said...

Pn. Ann...salute arrr..siap sebijik bantal tuh...

Suzana Mustafa said...

Salmi,
Yang siapkan kusyen....adik ipar...saya hanya jahit bahagian atas aje...tu yang cepat siap...heheheh...

sitizan72 said...

hhmmm pn ann...bandar seri alam tu dh dekat ngan umah saya...kalo la saya tau pn ann dtg nk jugak sy jumpa,mana la tau boleh tuntut ilmu kejap,dpt short course jadik ler.skrg ni buat RE rujuk buku pn ann tu semata2,xde tok guru nk membetulkan salah silap..huhuhu

Azie said...

ann,
apa sebenarnya nama jahitan bahagian atas kusyen ni eh? aku tgk ada few types, tapi tak reti nak buat. nak browse kat tenet pun, tak tau apa nama dia..