Saturday, January 17, 2009

Ribbon Embroidery Carnation (I)

Teknik Jahitan Sulaman Reben Bunga Carnation Khas untuk Peminat Sulaman Reben. Penerangan bermula dari Foto pertama dan terakhir; Gunting Ribbon Saiz 1 inci sepanjang 30 inci untuk buat Bunga Carnation. Cucuk reben atas kain dan keluar semula reben ke bawah kain. Foto kedua ialah bahagian belakang kain. Saya simpul mati sahaja....ekceli kena jahit benang...agar kemas...apa pun itu teknik orang yang nak cepat...hehehehhe... Gunakan benang sulam...jahit jelujur di bahagian kaki reben...jangan jahit ke tengah sangat...pastikan bebetul jahit di bahagian kaki reben. Cucuk jarum kebawah kain dan tarik benang sehingga berkedut. Sisip mati benang dan cubit sikit-sikit bahagian reben yang berkedut agar kemas terletak pada kain. Insya-allah...jika kelapangan...esok saya akan sambung teknik jahitan kudup bunga carnation.

4 comments:

~Sasha Farina~ said...

sungguh cantik sekali.. tapi tak nak belajar. . nak hasil yang dah siap :D hehehehhe

~Pn Ann~ said...

bolehhh...tunggu ekkk...

halidza said...

saya minat sangatlah nak belajar... mcamana nak ikuti kelas ?

tini syatini said...

akak bleh tanya.. akak guna jarum apa tu?? jarum biasa ker? boleh masuk reben ke tu?