Monday, January 19, 2009

Ribbon Embroidery Carnation (II)

Terdahulu, saya sudah paparkan teknik jahitan Bunga Carnation. Kini saya ingin tunjuk bagaimana teknik jahitan kudup bunga carnation. Gunakan reben saiz 1 inci. Gunting panjang reben 15 inci. Lakukan teknik yang sama seperti masa mula masuk reben bunga carnation. Jahit jelujur di bahagian kaki reben. Cucuk jarum dan benang ke bawah kain dan tarik sehingga berkedut. Halakan semua reben ke arah kiri atau kanan. JANGAN BIARKAN BERKEDUT setempat. Jahit bahagian kaki reben pada kain dan dicelah-celah lipat reben (Benang memang TIDAK akan nampak sebab terserok di celah lipatan reben). Gunakan reben warna hijau saiz 1/2cm atau 1cm. Jahit Straight Stitch dibahagian bawah reben sehingga membentuk tampok bunga. Kudup Bunga Carnation yang telah siap.

1 comment:

Ummi Wafa said...

Salam..
Cantik sungguh kerja Pn.Ann! Bleh ker kerja saya sekemas Pn? ermmm harap2 suatu hr nanti boleh kot..

ada satu soklan, mcmana nak jahit tangkai bunga carnation tuu? guna ribon juga ker?