Saturday, January 31, 2009

BEAUTIFUL ROSES

20 tahun sudah berlalu, bunga ros inilah yang saya buat sewaktu wedding kakak yang sulong. Ini lah bunga reben pertama yang saya buat. Idea tercipta sewaktu saya lihat kakak buat bunga Kekwa dari reben polyester...saya pula ambil sekeping-sekeping dan cantum-cantum...tak sangka menjadi bunga ros...Ingin ketahui tekniknya ? Oke...ikut step by step dibawah ini....senang sangat...bahan pun mudah dapat...boleh dijadikan hadiah bunga telur.... Bahan-bahan yang diperlukan ialah...1 inci reben warna merah, 1/2 inci reben warna hijau, pelilit bunga, dawai dan daun plastik. Bahagian hujung reben kiri dan kanan, sebaiknya gunting runcing...ini untuk elakkan reben cepat berbulu. Gunting reben panjang 6 inci. Gunting sebanyak 6 pcs untuk kudup dan 15 pcs untuk sekuntum bunga ros kembang. Sebelah kanan reben, lipat segitiga kedepan seperti foto diatas. Lipat sebelah kiri reben kebelakang. Sila rujuk foto diatas. Bahagian bawah reben, lipat bahagian kanan kebawah dan bahagian kiri keatas tindih bersilang seperti foto diatas. Pastikan ianya rapat dan runcing sehingga melengkuk seperti bentuk kelopak bunga. Gunakan dawai halus dan lilit bahagian bawah. Lakukan untuk semua 21 pcs reben. Guna reben 1/2 inci warna hijau untuk buat tampok bunga. Tekniknya sama seperti kelopak bunga ros. Gunting panjang 6 inci dan 8 pcs. 3pcs untuk kudup bunga ros dan 5 pcs untuk bunga ros. Kudup bunga ros : Bahagian tengah - 3 pcs. Bahagian luar - 3 pcs...cantumkan dan letak kan reben hijau untuk tampok. Bunga reben yang dah siap. Bunga Ros : Tengah - 3 pcs. Lapisan kedua - 5 pcs. Lapisan ketiga - 7 pcs. Cantumkan sehingga menjadi sekuntum bunga dan lilitkan sekali dengan reben warna hijau 5 pcs untuk tampok bunga. Akhir sekali...dah siap kudup dan bunga ros...lilitkan pada dawai kasar dan letak daun...Dah Siap ! Mudah kan ? Satu gulung reben boleh dapat 7 bunga telur.

4 comments:

ريهام said...

السلام عليكم ديارى
Thank you very much for the wonderful pictures
I learned a lot from you in spite of my language, but I understand from a good image
جزاك الله خيرا

Suzana Mustafa said...

Reham,
Thank you visiting my blog. I will update more tutorial on Ribbon Flowers and hope that you will enjoy !

Unknown said...

Nice =) Tq utk tutorial. Sila kunjungi facebook Nur's Gubahan Kreatif

Unknown said...

dawai untuk bunga size apa, dan utk batang panjang utama size apa?
cantik nak cuba buat ni.