Saturday, January 31, 2009

BEAUTIFUL ROSES

20 tahun sudah berlalu, bunga ros inilah yang saya buat sewaktu wedding kakak yang sulong. Ini lah bunga reben pertama yang saya buat. Idea tercipta sewaktu saya lihat kakak buat bunga Kekwa dari reben polyester...saya pula ambil sekeping-sekeping dan cantum-cantum...tak sangka menjadi bunga ros...Ingin ketahui tekniknya ? Oke...ikut step by step dibawah ini....senang sangat...bahan pun mudah dapat...boleh dijadikan hadiah bunga telur.... Bahan-bahan yang diperlukan ialah...1 inci reben warna merah, 1/2 inci reben warna hijau, pelilit bunga, dawai dan daun plastik. Bahagian hujung reben kiri dan kanan, sebaiknya gunting runcing...ini untuk elakkan reben cepat berbulu. Gunting reben panjang 6 inci. Gunting sebanyak 6 pcs untuk kudup dan 15 pcs untuk sekuntum bunga ros kembang. Sebelah kanan reben, lipat segitiga kedepan seperti foto diatas. Lipat sebelah kiri reben kebelakang. Sila rujuk foto diatas. Bahagian bawah reben, lipat bahagian kanan kebawah dan bahagian kiri keatas tindih bersilang seperti foto diatas. Pastikan ianya rapat dan runcing sehingga melengkuk seperti bentuk kelopak bunga. Gunakan dawai halus dan lilit bahagian bawah. Lakukan untuk semua 21 pcs reben. Guna reben 1/2 inci warna hijau untuk buat tampok bunga. Tekniknya sama seperti kelopak bunga ros. Gunting panjang 6 inci dan 8 pcs. 3pcs untuk kudup bunga ros dan 5 pcs untuk bunga ros. Kudup bunga ros : Bahagian tengah - 3 pcs. Bahagian luar - 3 pcs...cantumkan dan letak kan reben hijau untuk tampok. Bunga reben yang dah siap. Bunga Ros : Tengah - 3 pcs. Lapisan kedua - 5 pcs. Lapisan ketiga - 7 pcs. Cantumkan sehingga menjadi sekuntum bunga dan lilitkan sekali dengan reben warna hijau 5 pcs untuk tampok bunga. Akhir sekali...dah siap kudup dan bunga ros...lilitkan pada dawai kasar dan letak daun...Dah Siap ! Mudah kan ? Satu gulung reben boleh dapat 7 bunga telur.

My Work In Progress

Ini adalah Projek Sulaman Reben terbaru saya. Penyakit "malas" melanda...hingga kini tidak siapkan....hanya tinggal jahit daun aje...bila bunga ros dah siap...saya nampak ada sedikit kecacatan....hehehe...bunga ros putih dan kudupnya tidak kena dengan bunga ros merah...dua tiga kali lihat...gantung depan pintu bilik kerja...eeeee....terasa nak buang aje...hehehehe...apasal laaa tak kena jahitan kali ini.... Sebenarnya...jahit nie...emosi kena OK...jika TAK OK...ada saja yang nampak cacatnya seni jahitan nie... Oke..Selamat mencuci mata dengan ilham karya sulaman reben terbaru saya.... Macam mana ? Ada yang nak mencuba tak ? haa...joint kelas online sulaman reben saya...ketahui teknik-teknik jahitannya...yang pastinya...bila dah siap sekuntum bunga tu...gerenti hati terasa happy !

Friday, January 30, 2009

Tukar Layout

Dah lama tak update Blog ku ini...Tengah pening kepala...perah otak...untuk siapkan manuskrip Majalah pertama saya...baru setakat DRAFT dulu untuk di persembahkan ke UPD. Projek sulaman reben paten dan bunga baru...baru aje siapkan...saya akan upload kan nanti...selain itu...kepada peminat sulaman reben...saya Tengah LELONG reben-reben warna ala-ala English gitu... Nak beli boleh KLIK di Kedai Jualan Online saya...banyak lagi produk yang nak dilelongkan.... Hari nie...bosan plak nengok background blog nie...tangan gatal...tukar corak baru...esok lusa...corak baru laa lagiii....hehhehehe....

Monday, January 19, 2009

Ribbon Embroidery Carnation

Inilah hasil jahitan Bunga Carnation yang telah siap. Sesekali jahit teknik ini dengan kreativiti kombinasi jahitan yang lain, ianya akan kelihatan menarik. Tidak semestinya folded rose aje....hehehhehe....

Ribbon Embroidery Carnation (II)

Terdahulu, saya sudah paparkan teknik jahitan Bunga Carnation. Kini saya ingin tunjuk bagaimana teknik jahitan kudup bunga carnation. Gunakan reben saiz 1 inci. Gunting panjang reben 15 inci. Lakukan teknik yang sama seperti masa mula masuk reben bunga carnation. Jahit jelujur di bahagian kaki reben. Cucuk jarum dan benang ke bawah kain dan tarik sehingga berkedut. Halakan semua reben ke arah kiri atau kanan. JANGAN BIARKAN BERKEDUT setempat. Jahit bahagian kaki reben pada kain dan dicelah-celah lipat reben (Benang memang TIDAK akan nampak sebab terserok di celah lipatan reben). Gunakan reben warna hijau saiz 1/2cm atau 1cm. Jahit Straight Stitch dibahagian bawah reben sehingga membentuk tampok bunga. Kudup Bunga Carnation yang telah siap.

Saturday, January 17, 2009

Ribbon Embroidery Carnation (I)

Teknik Jahitan Sulaman Reben Bunga Carnation Khas untuk Peminat Sulaman Reben. Penerangan bermula dari Foto pertama dan terakhir; Gunting Ribbon Saiz 1 inci sepanjang 30 inci untuk buat Bunga Carnation. Cucuk reben atas kain dan keluar semula reben ke bawah kain. Foto kedua ialah bahagian belakang kain. Saya simpul mati sahaja....ekceli kena jahit benang...agar kemas...apa pun itu teknik orang yang nak cepat...hehehehhe... Gunakan benang sulam...jahit jelujur di bahagian kaki reben...jangan jahit ke tengah sangat...pastikan bebetul jahit di bahagian kaki reben. Cucuk jarum kebawah kain dan tarik benang sehingga berkedut. Sisip mati benang dan cubit sikit-sikit bahagian reben yang berkedut agar kemas terletak pada kain. Insya-allah...jika kelapangan...esok saya akan sambung teknik jahitan kudup bunga carnation.

Monday, January 12, 2009

Advance Ribbon Embroidery

Saya jadikan hiasan keliling Ayat Al-Quran dan diframekan. Syukur alhamdulillah...mencurah-curah idea dianugerahkan...dan ini pula projek terbaru.... Ekceli...banyak yang hendak dibuat...masa aje yang menghadkan aktiviti saya...hehehehe...

Advance Ribbon Embroidery

Sewaktu 7 tahun dulu...belajar dengan Mrs Gill di Quilt Gallery, beliau banyak tunjukkan teknik Rose Blossom...silibus nyer ialah Ribbon Work...itulah satu teknik dan satu bunga yang diajarkan. Disebabkan TIDAK puas hati...maka saya cuba bawa masuk semua buku-buku Helen Erickson dan Helen Gibs untuk belajar semua teknik bunga-bunga besar. Kesalnya investment saya rugi...sebab penerangan ukuran reben yang diberikan apabila dilakukan ianya TIDAK MENJADI langsung...saya cuba fikir positif...ooo...mungkin sebab reben...oke tak pe...saya bawa masuk reben dari luar semata-mata nak buat juga bunga teknik advance ini...sekali lagi ianya TIDAK berjaya...puas dibentuk reben...nampak macam cacat laa pula bentuk bunga rebennya... Akhirnya...saya guna FORMULA SENDIRI..."Try & Error"...dah banyak reben lunyai dikerjakan...Akhirnya Saya berjaya juga dengan formula dan teknik saya sendiri...Alhamdulillah... Untuk siapkan semua teknik diatas...saya ambil masa 2 minggu untuk siapkan...berbanding teknik Basic & Pertengahan yang hanya sehari @ dua hari dapat disiapkan.

Thursday, January 8, 2009

Ikat Langsir Sulaman Reben

Terbaca mesej Inahaiqal di WMC..."Pn Ann..bila Aktiviti Exchange RE nak adakan lagi ?"...alamak !!!...idea ada...cuma maleh nak buat...asalnya nak buat hiasan kepala langsir...kenangkan banyak bunga nak jahit dan pastinya makan masa nak jahit...terus cancel...entah macam mana...tetiba idea mai...terus tinggal apa yang tengah jahit...cari kain dan mula buat sulaman reben ikat langsir...dalam hati berkata...produk nie..belum ada lagi.... Ambil masa sehari untuk siapkan...Bila dah siap..terus ikat pada langsir...menarik gak ekkk....hehehe..**sendiri buat sendiri puji**

20 Tahun Tidak Ke Taiping

Ayah dulunya Askar...Pekan Taiping adalah tempat kunjungan yang paling beliau gemari...dah 20 tahun tidak kesana...oleh sebab dah berada di Kuala Kangsar...saya pun pergi laaa ke Bandar Taiping....sepanjang perjalanan saya sendiri konfius arah...banyak sangat perubahan @ pembangunan dilakukan... Tempat lawatan...ZOO Taiping...memang dah lama tak ke Tasik Taiping...bila nampak papan gelongsor simen tu...teringat zaman kanak-kanak ku....hehehehe...

Bercuti Ke Kuala Kangsar

Pada cuti Krismas...saya sekeluarga ke Kuala Kangsar...ekceli...kesana "menyelam sambil minum air"...bukan apa...ingin sekali melawat tempat Kraf Labu Sayung...melihat dan meninjau-ninjau bagaimana ianya dilakukan. Sambil mengumpul info untuk Majalah Kraf saya yang pertama...Insya-Allah...dalam proses kertas kerja... Memang menarik sekali teknik dan pembuatannya...ironinya...kreativiti kureng...apa yang saya lihat paten atau design yang itu aje...tiada kepelbagaian paten/design yang boleh dilakukan...jika saya...kalo udah berhari-hari dok ngadap benda yang sama...gerenti bosan..bila dah bosan...pastinya lebih banyak idea...yang dapat dibuat.... Dah kesana...GERENTI laa pekena LAKSA...Makanan Kegemaran...hehehhehe.... Naik BOT menyusuri Sungai Perak...makan angin...hehehehe...Anak-anak Kata "BEST Bu...Naik BOT"....itulah bezanya anak bandar dan anak kampung.... Anak-anak kampung tidak heran pun.....

Thursday, January 1, 2009

Ribbon Embroideries Heart

Kit Sulaman Reben ialah Produk terbaru 2009. Kit ini dijual dalam bentuk paten dan terkandung semua bahan jahitan. Paten ini dijual dalam betuk TEMA...saya mulakan promosi jualan dengan Tema HEART. Akan menyusul nanti dalam bentuk bulat, lonjong, segiempat dan sebagainya.

Alas Meja Sulaman Reben

Paten sulaman reben dibawah ini ialah tempahan Customer VIP..agak sukar sekali nak jahit..memandangkan customer inginkan bunga besar dan penuh ditengah. Panjang meja sahaja 120 dan belum termasuk basi kain kiri dan kanan...jumlah keseluruhan panjang kainnya 5 meter...sampai sakit-sakit badan menjahitnya...

My Lovely Ribbon Embroideries

Salam Maal Hijrah 1403 dan Happy New Year 2009 ikhlas dari saya... Ekceli...foto-foto sulaman reben dibawah ini ialah projek tahun 2008...saya paparkan kembali di Blog ini untuk santapan mata peminat Sulaman Reben.