Tuesday, February 27, 2007

Wajah Baru WanitaMelayu.com

Semalam dok mengadap format template forum WanitaMelayu.com. Asyik edit perkataan etc...sampai kepala pun dah mengong...berpinau mengadap Komputer. Pagi ini dah up wajah baru forum WanitaMelayu.com. Gembira sekali....setelah lama impikan dan inginkan ketrampilan baru forum. Saya pilih daun kering...kawan tanya..."Ann kenapa ko pilih daun..." "Entah eeekkk...yang pasti daun tu daun sirih..sinonim dengan Melayu". Lama memikirkan apa ertinya daun kepada wanita...Saya melihat bunga...cantik mekar kembang..bila dah kering..layu dan akhirnya luput terus berguguran...sedangkan daun...walaupun sudah kering jatuh kebumi...terkena air hujan dan sebagainya...daun tetap kekal selamanya...kenapa daun tidak musnah yeee... Itulah kelebihan pada daun...kental, cekal, tabah...mungkin inilah yang saya inginkan pada Wanita. "Kenapa pilih background cokelat tanah...tidak pink..ikut majoriti pilihan ahli." "Saya tak suka laa pink...macam anak patung Barbie Doll...lagi pun forum Wanita..mesti kena ada imej sendiri...saya ingikan satu warna yang biar ahli set dalam otak..satu warna sahaja..." Nah...itulah tanah...manusia dijadikan dari tanah dan kepada tanah juga kita akan kembali...

No comments: