Thursday, March 7, 2013

FELT CRAFT - TOWEL HANGER

Tutorial DIY hari ini Kraf Kain Fannel - Penyangkut Tuala Dapur. Anda boleh jadikan hiasan dapur dirumah anda, hadiah kepada kawan, cenderahati perkahwinan atau dijadikan produk jualan sebagai sumber pendapatan sampingan.

Aneka warna kain felt yang dijadikan Penyangkut Tuala.


 
 Bahan-bahan yang digunakan ialah gunting, jarum & benang, butang hiasan, renda dan penyangkut tudung (ada dijual di kedai barangan plastik atau kedai menjual tudung).


 Lukis pola baju pada kertas. Ukuran atau saiz baju ini tertakluk kepada anda. Adalah disyorkan ukur dulu saiz penyangkut tudung, sebelum anda melukis pola baju.


 Tekap pola baju pada kain felt. Gunting dua keping.
 

 Cantum dua keping kain felt. Jahit sulam benang tepi baju atau blanked stitch.
 
 Hiaskan bahagian depan baju dengan butang.

Bahagian bawah baju, jahit keliling dengan renda.
 
Masukkan penyangkut tudung pada bahagian bawah baju yang telah siap.

Inilah penyangkut tuala yang telah siap. Mudah kan ? yang pasti, buat sendiri lebih puashati berbanding beli. Semoga ilmu kemahiran ini mendapat keberkatan dari Allah swt. Selamat Mencuba !
 

No comments: