Monday, October 1, 2012

SULAMAN REBEN BUAH TEMBIKAI

 Kembali berkarya di Diari Ann ini....lama juga saya TIDAK online disebabkan kesibukan dengan sulaman reben. Okey...saya kembali dengan tutorial...almaklum...coming soon kita akan menyambut Hari Raya Haji...maka pasti ada yang ingin lakukan sesuatu untuk mencantikkan rumah...
Jom belajar hari ini ialah Sulaman Reben Buah Tembikai. Mungkin menarik jika anda jahit keliling alas meja. Menggunakan reben saiz 1/2" atau 1/4".Warna reben hijau dan merah.

  
Lukis paten buah tembikai pada kain. Sila rujuk contoh foto diatas ini.



Guna reben saiz 1/4" warna hijau , lakukan teknik jahitan straight stitch atau ribbon stitch atau teknik jahitan sulaman benang rantai. Bezanya anda gunakan reben sebagai pengganti benang.

Sulaman reben untuk kulit buah tembikai yang telah siap di jahit.
 

Guna reben saiz 1/4" warna merah jambu pekat dan lakukan teknik jahitan straight stitch. 
  

Dah siap jahit reben, guna benang sulam warna hitam dan lakukan teknik jahitan french knot.
 

Jahitan sulaman reben buah tembikai yang telah siap. Mudahkan ! Selamat Mencuba tutorial ini...Apa jua ilmu yang dicurahkan ini semoga mendapat keberkatan dari Allah swt...insya-allah...mencuba dengan jaya !

No comments: