Thursday, October 18, 2012

PAPER CRAFT - Love Bag

Jom Belajar hari ini Paper Craft, buat Paper Bag bentuk "Love"...almaklum...bulan November dan December adalah bulan musim orang kahwin...pasti anda mencari-cari idea untuk buat sendiri..hasil kerjatangan sendiri lebih puas hati berbanding beli siap..malah menjimatkan...jom belajar ekkk...kongsi-kongsi ilham idea untuk pengunjung setia blog ini.



 Bahan-bahan yang diperlukan amat mudah di dapati. Anda boleh cari di kedai-kedai menjual Alattulis. Kertas atau Fancy Card saiz A4 (boleh dibeli di Jaya Jusco bahagian Stationary, terdapat pelbagai warna pilihan). Gunting, pembaris, pensil, Gum UHU dan Reben bercorak.

 
 



 Klik image Pelan Love Bag dan print pada kertas saiz A4. Gunakan pelan tersebut dan lukis pada kertas berwarna. Gunting bentuk yang dikehendaki.




Lipat bahagian yang bertanda lipatan. Letakkan GUM UHU pada bahagian sebelah sahaja. Sila rujuk foto diatas.
 



 Untuk membuat tangkai bag. Anda ada dua pilihan, iaitu boleh guna kertas yang sama dengan gunting saiz lebar 1" dan panjang 12" ATAU untuk nampak lebih menarik, gunakan reben bercorak saiz reben 1" dan panjang 12". Gunakan GUM UHU untuk lekatkan tangkai bag seperti foto diatas. Anda boleh hias apa saja pada bahagian depan bag..iaitu boleh bentukkan ikatan reben atau letak 'Thank You' kad, mini flowers atau paper flowers. Tertakluk kepada kreativiti anda.
 


Love paper bag yang telah siap dengan aneka warna. Amat sesuai untuk isi gula-gula atau apa sahaja cenderahati yang anda fikirkan perlu untuk dijadikan hadiah kepada tetamu. Mudahkan....selamat mencuba ! saya HALAL kan apa jua ilmu yang telah diberikan ini.

3 comments:

ayunidati said...

cute dan creative.... trima kasih kerana berkongsi aidie..

intanfirdaus247 said...

Wah cantiknya..terima kasih sudi kongsi ilmu..:)

Suzana Mustafa said...

terima kasih jua kerana sudi berkunjung ke blog ini...