Sunday, September 26, 2010

Al-Fatihah ~ Allahyarhamah Norsaphira Baharudin

Tahun 2010, abang ipar kehilangan dua orang yang disayangi. Seminggu sebelum bulan Ramadan, beliau kehilangan Bapa Mertua. Seminggu selepas raya, beliau kehilangan Isteri tersayang. Pemergiaan kakak ipar saya memang tidak diduga....hingga kini, kami sekeluarga masih terasa kehilangannya. Kakak ipar meninggal dalam usia yang masih muda...berusia 34 tahun...muda 7 tahun dari saya...sedangkan abang ipar berusia 44 tahun.
Abang ipar sekeluarga yang sempat diambil pada Hari Raya pertama.
Entah kenapa, Hari Raya tahun ini...saya memang tidak merasakan suasana raya...Pada 15/9/2010....kakak Ipar di letakkan di ICU, Hospital Ampang dan di kuarantin dalam bilik khas....tidak seorang pun pelawat dibenarkan masuk dalam biliknya kecuali suami. Petang pada 15/9, Doktor sahkan kakak ipar di serang "VIRUS MENINGITIS"....Virus ini hanya ada di Tanah Arab Saudi...bagaimana kakak ipar boleh kena wallahualam...sebab kakak ipar tidak pernah ke overseas ataupun saudara mara terdekat kami yang kesana. 16/9/2010...babynya pula dimasukkan ke ICU Wad Kanak-kanak..sebab kakak ipar Breast-Feed dan dikuatiri babynya juga terkena jangkitan kuman. Pada 17/9/2010....Doktor panggil kami sekeluarga dan maklumkan bahawa Kakak Ipar BUKAN kena Virus Miginintis..sebaliknya "UNDETECTED VIRUS" @ Virus yang TIDAK ketahui atau dikenali... yang hanya ada di Overseas sahaja dan kakak Ipar adalah pesakit pertama di Malaysia yang menghidapinya.....harapan untuk selamat adalah tipis sekali..pada 20/9/2010...pukul 1.20 tengahari...didepan mata saya sendiri...saya melihat...Arwah meninggal dunia....Alfatihah untuk Arwah Norsapira....pemergiannya memang amat terasa sekali dan tanpa diduga oleh kami sekeluarga...terlalu cepat dan pantas...kuasa Allah swt tiada siapa yang dapat tandingi...

13 comments:

Diah Rothman said...

Takziah untuk keluarga dan Al-Fatihah untuk Arwah.....

Email: beadingtreasure@gmail.com said...

Innalillah...takziah buat segenap family Kak Ann

euphoria said...

takziah utk Abg Ipar Sifu. Sesungguhnya bila maut ingin menjemput, ia tidak akan awal atau lewat sesaat pun. Semoga keluarga itu tabah menghadapi dugaan ini.

ibh_sue said...

Takziah untuk Kak Ann sekeluarga..Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..Amin.

Unknown said...

pembetulan sket ye... meningitis.. bukan miniginitis.. dan bukan sebab virus sahaja.. bakteria pon boleh sebabkan tu.. dan meningitis bukan kat tanah arab je.. doktor tu salah bagi info..

Kak Ina said...

takziah buat keluarga abg ipar pn ann. al fatihah

Fieda said...

alfatihah...

Azfa said...

Takziah. saya ada terima email tentang berita pemergian arwah. Arwah staff Faber.

Shima Hasim said...

Takziah dan alfatihah buat keluarga. Muga tabah menghadapi kehidupan.

nadiah said...

takziah dan alfatihah dari saya

Suzana Mustafa said...

skorA,
Terima kasih diatas teguran kesilapan ejaan.

Azfa,
YES...Arwah...adalah Staff Faber.

Pada yang lain...terima kasih diatas ucapan takziah.

din146 said...

TAKZIAH......
Sudah menjadi sebahagian 'JANJI' setiap yang hidup pasti mati..apa yang berlaku SEMALAM menjadi kenangan, HARI INI yang ditinggalkan akan menjadi iktibar untuk ESOK.

su said...

Al Fatihah...