Tuesday, August 4, 2009
Taklimat Motivasi Projek W-X
Pada 21/7/09, saya menerima panggilan telefon dari Pn Noraini, MYNIC Berhad...menjemput saya memberikan taklimat Motivasi Projek W-X pada 31/7/09. Projek W-X adalah satu projek usahasama di antara .my DOMAIN REGISTRY sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, SIRIM Berhad, Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (JPW), Small & Medium Industries Development Corporation (SMIDEC) Multimedia Development Corporation (MDeC), National Council of Women Organization (NCWO) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (CoE-BDD, UKM) selaku konduksi latihan. Projek W-X ini adalah bertujuan untuk memberikan pengenalan dan pendedahan kepada usahawan wanita untuk bergiat aktif dalam perniagaan internet. Jemputan ini....sebenarnya di luar jangkaan saya...tidak terfikir bahawa saya yang akan dipilih untuk memberikan taklimat...saya diminta bercakap untuk tempoh 20 minit sahaja...entah macam mana...sambutan hadirin menggalakkan...taklimat saya berlarutan sehingga 1 jam. Pada tarikh berkenaan pula adalah tarikh pengebumian abah...sehari sebelumnya saya dah buat keputusan untuk tidak hadir ke Majlis Taklimat berkenaan...entah macam mana...Makcik saya terjumpa diari aktiviti saya bersama surat jemputan dari MYNIC Berhad dan Surat Jemputan Perpustakaan Negara...Makcik terbaca dan bertanyakan kepada saya...jadi ker pergi esok ? Saya katakan pada makcik...tak pergi...kemudian Makcik nasihat saya..."Yang dah tiada memang tetap pergi...kita yang hidup nie harus teruskan aktiviti macam biasa...this is good for you..inilah peluang yang you ada untuk hebahkan kepada wanita tentang kepentingan internet...tidak semua orang ada brilliant ideas macam you..you should go.."...saya jadi serba salah..."entah laa Bik...Kak Lang tak tau nak cakap macam mana..serba salah pun ada..nanti apa plak kata emak..."...kemudian...Mak Saudara sebelah emak...Ustazah Mak Yah yang dari tadi mendengar perbualan kami dan turut baca surat jemputan berkenaan..."Kak Lang patut pergi..lagi pun Kak Lang dah jaga abah sepanjang di Hospital..Kak Lang dah sempat mengadap abah..pendapat Mak Yah..pergi..elok untuk kak Lang berikan informasi kepada wanita tentang dunia perniagaan internet..pasal emak..tak pe..biar Mak Yah terangkan.."....Apabila emak dah ketahui dari Mak Sedara...mak cakap..."pergi laa..abah kau dah pergi..kita yang hidup ni..perlu teruskan kehidupan untuk sukses..mak doakan mudahan-mudahan ko berjaya.."....dengan persetujuan emak...saya akhirnya pergi memberikan taklimat...saya sampai agak lewat...almaklum...pertukaran tempat tidak dimaklumkan lebih awal...alhamdulillah...saya dapat sampaikan taklimat dan mesej kepada wanita tentang dunia perniagaan internet...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment